Lokasi Anda: Laman Utama > Sinar Islam > Masjid > Kandungan

Masjid Huaisheng, Guangzhou

2014-11-15 15:50:09

Masjid Huaisheng, Guangzhou

Masjid Huaisheng yang terletak di daerah Yuexiu, bandar Guangzhou, provinsi Guangdong, dibina pada tahun 627 Masihi, iaitu pada zaman Dinasti Tang. Ia merupakan masjid yang paling awal dibina setelah agama Islam disebarkan ke China. Masjid ini juga merupakan salah satu daripada empat buah masjid yang paling bersejarah dan paling terkenal di China. Masjid Huaisheng dibina oleh Saad Abi Waqas, iaitu bapa saudara Nabi Muhammad yang datang ke China untuk mengembangkan agama Islam serta umat Islam dari Asia Barat yang berhijrah ke China.

"Huaisheng" dalam bahasa Mandarin bermaksud peringatan Nabi. Nama ini diberikan sebagai memperingati Nabi Muhammad, penyebar agama Islam.

Masjid Huaisheng yang pernah musnah akibat kebakaran pada tahun 1343 Masihi selesai dibina semula tujuh tahun kemudian.

Kawasan masjid luasnya kira-kira 3,800 meter persegi. Seni bina bangunan masjid ini menggabungkan unsur seni bina klasik China dan Arab. Ketika memasuki pintu masjid ini, terdapat gedung melihat anak sabit. Walaupun bangunan yang dibina semula pada tahun 1695 ini tidak begitu besar, tetapi kelihatan amat cantik jika dipandang dari jauh. Dua serambi yang panjang terletak di kedua-dua belah Bangunan Melihat Anak Bulan. Di dalamnya terdapat 10 buah batu bersurat yang mencatatkan sejarah Masjid Huaisheng.

Ruang sembahyang yang bercirikan seni bina tradisional China dibina semula pada tahun 1935. Ruang itu boleh menampung lebih seribu orang umat Islam bersolat berjemaah pada satu masa.

Berhampiran dengan ruang sembahyang yang menghadap ke arah tanah suci Mekah ialah bilik penyimpanan kitab, yang menyimpan pelbagai salinan al-Quran.

Selain itu, terdapat sebuah menara yang dipanggil menara bercahaya setinggi 36.3 meter di bahagian barat daya halaman masjid tersebut. Badan menara ini berbentuk bujur manakala bahagian atasnya tajam. Oleh itu, Masjid Huaisheng juga dipanggil sebagai masjid Guangta yang bererti menara bercahaya oleh penduduk tempatan. Menara yang telah dibina semula pada tahun 1934 ini bercirikan seni bina Arab.


Persatuan Islam Guangzhou juga berpejabat di masjid tersebut. 

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin