Lokasi Anda: Laman Utama > Sinar Islam > Masjid > Kandungan

Masjid Xiaotaoyuan Shanghai

2014-11-15 15:41:40

Masjid Xiaotaoyuan Shanghai

Masjid Xiaotaoyuan yang terletak di No. 52 Jalan Xiaotaoyuan, daerah Huangpu, bahagian selatan bandar raya Shanghai ini dibina pada tahun 1917. Pada tahun 1925, masjid ini dibina semula pada tapak yang sama. Projek pembinaan itu mengambil masa selama lima tahun iaitu siap pada tahun 1930.

Reka bentuk bangunan Masjid Xiaotaoyuan penuh dengan keistimewaan Islam seperti di tanah Arab. Masjid Xiaotaoyuan dianggap sebagai bangunan bersejarah yang bernilai di Shanghai oleh kerajaan tempatan pada tahun 1994.  

Dewan sembahyang Masjid Xiaotaoyuan boleh menampung hampir 500 orang bersolat pada satu-satu masa. Dewan sembahyang itu bertingkat dua. Kubahnya yang besar jarang terdapat pada masjid-masjid lain di China. Ukiran "Xian Yang Zheng Jiao" yang bermaksud "mengembangkan agama" tertulis pada sebuah papan yang digantung pada bahagian atas pintu masuk ke dewan sembahyang.  

Kini, semakin ramai pengunjung Islam dari luar negara seperti Malaysia, Pakistan, Arab Saudi dan Mesir mengunjungi masjid ini. Selain itu, orang Islam dari Ningxia, Xinjiang, Qinghai, Henan dan Shandong yang belajar atau bekerja di Shanghai juga bersolat di masjid ini terutama pada hari Jumaat. Masjid Xiaotaoyuan sudah menjadi tempat kegiatan keagamaan yang penting masyarakat Islam di Shanghai.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin