Lokasi Anda: Laman Utama > Sinar Islam > Masjid > Kandungan

Masjid Xinjie, Luoyang

2014-11-15 15:36:11

Masjid Xinjie, Luoyang

Masjid Xinjie terletak di Chanhe, kawasan petempatan etnik Hui di bandar Luoyang, provinsi Henan, China. Lebih 1000 tahun yang lalu, Luoyang sebagai ibu kota timur bagi zaman Dinasti Tang, merupakan salah sebuah bandar yang penting dalam Laluan Sutera Darat dan Laluan Rempah Laut, ia menarik sejumlah besar saudagar dari China dan negara-negara Arab. Pada zaman itu, kawasan Chanhe di bandar Luoyang merupakan pusat perdagangan. Ramai saudagar dari Arab dan Parsi membuka kedai rempah, sehingga kebanyakan keturunan mereka menetap di sini.

Pada zaman Dinasti Yuan, jumlah penduduk etnik Hui yang beragama Islam yang berhijrah ke kawasan Chanhe bertambah. Pada masa ini, masih ada bekas bangunan masjid yang dibina pada zaman itu di bandar Luoyang.

Masjid Xinjie yang berusia lebih 400 tahun merupakan salah sebuah masjid yang tertua di bandar Luoyang. Pada zaman pemerintahan Maharaja Xianfeng (1850-1861) zaman Dinasti Qing, masjid itu telah musnah dalam banjir akibat air Sungai Chanhe yang melimpah. Umat Islam tempatan telah menyumbang derma bagi membina semula masjid tersebut. Masjid baharu menjadi masjid yang paling besar dan paling terkenal di bandar Luoyang.

Sewaktu panglima tentera Kuomintang, General Feng Yuxiang menempatkan pasukan tenteranya di bandar Luoyang pada tahun 1927, beliau mengeluarkan perintah supaya memusnahkan semua tempat keagamaan seperti kuil dan masjid. Dengan jasa baik tokoh masyarakat yang terkenal termasuk Liang Wendou dan Ma Liangxiang, Masjid Xinjie terselamat daripada gerakan itu. Seterusnya, Persatuan Islam China cawangan Luoyang dan Persatuan Menyelamatkan Negara Islam China cawangan provinsi Henan telah ditubuhkan di masjid tersebut.

Menteri Pertahanan semasa pemerintahan Kuomintang, Bai Chongxi yang beragama Islam pernah melawat Masjid Xinjie pada tahun 1940 dan 1942. Beliau mengadakan perhimpunan pelbagai lapisan umat Islam di masjid tersebut untuk menyeru mereka bersatu padu bagi menentang pencerobohan tentera Jepun.

Pada tahun 1944, tentera Jepun menyerang bandar Luoyang. Pasukan tentera Kuomintang memusnahkan sebahagian bangunan masjid ini bagi membina benteng pertahanan. Apabila pasukan tentera Jepun menawan bandar Luoyang, mereka telah membakar masjid ini.


Pada tahun 1945, umat Islam tempatan telah membina semula Masjid Xinjie. Bangunan masjid baharu yang dibina di kawasan luasnya lebih 1.6 ribu meter persegi bercirikan seni bina tradisional China. 

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin