Lokasi Anda: Laman Utama > Sinar Islam > Masjid > Kandungan

Masjid Besar Xi'an

2014-11-15 15:29:40

Masjid Besar Xi'an

Agama Islam disebarkan ke Xi'an pada tahun 651 Masihi, iaitu pada zaman Dinasti Tang. Masjid Besar Xi'an juga dikenali sebagai Masjid Huajuexiang kerana masjid ini terletak di Lorong Huajue, barat laut Gulou (Gerbang Gendang), iaitu salah satu mercu tanda bandar Xi'an.

Masjid Besar Xi'an dan Masjid Daxuexixiang merupakan dua buah masjid yang tertua di Xi'an. Oleh sebab Masjid Besar Xi'an terletak di sebelah timur Masjid Daxuexixiang, jadi ia juga selalu dipanggil masjid timur oleh penduduk tempatan.

Menurut catatan sejarah, Masjid Besar Xi'an dibina pada zaman Dinasti Tang, iaitu pada tahun 742 Masihi. Sejak dibina, masjid tersebut pernah beberapa kali diubah suai dan diperbaiki pada zaman Dinasti Song, Yuan, Ming dan Qing. Jadi, terdapat banyak artifak daripada pelbagai zaman dinasti di masjid tersebut.


Masjid Besar Xi'an

Masjid yang memperlihatkan gabungan seni bina Islam dan  seni bina tradisional China ini, merupakan masjid yang paling unik dan tipikal serta dipelihara paling baik di China. Dewan sembahyang terletak di bahagian paling barat masjid tersebut. Luas masjid mencapai 12,000 meter persegi. Apabila pintu masjid dibuka, kita akan melihat sebuah gerbang kayu yang tingginya sembilan meter. Artifak seperti ukiran batu dan batu bersurat dipamerkan di dalam dua buah bilik panjang yang masing-masing terletak di kedua-dua belah utara dan selatan jalan tengah.

Dua artifak yang disimpan di masjid ini merupakan warisan paling berharga, iaitu sebuah salinan tulisan tangan Al-Quran dan sebuah lukisan yang menggambarkan keadaan di Mekah.

Walaupun Masjid Besar Xi'an terletak di kawasan pusat bandar yang sibuk sekali, banyak kedai makan dan kedai di sekitar masjid, tetapi sewaktu kita menjejakkan kaki ke dalam masjid, semua keriuhan hilang kerana dihalang oleh tembok masjid. Suasana dalam masjid yang sunyi menjadikan hati kita turut tenang. Ibu pejabat Persatuan Agama Islam Xi'an terletak dalam masjid tersebut.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin