Lokasi Anda: Laman Utama > Sinar Islam > Masjid > Kandungan

Masjid Shuishang, Lanzhou

2014-11-15 15:27:39

Masjid Shuishang, Lanzhou

Bandar Lanzhou, ibu kota provinsi Gansu yang terletak dalam laluan penting Jalan Sutera Darat merupakan satu-satunya ibu kota yang direntasi Sungai Kuning di China. Bandar ini turut menjadi pusat agama Islam di China, kerana banyak penduduk etnik Hui, Banan, Salak dan Dongxiang yang menganut agama Islam sejak turun-temurun tinggal di bandar ini. Terdapat banyak masjid yang besar di Lanzhou. Masjid Shuishang yang terletak di tebing utara Sungai Kuning merupakan salah sebuah masjid yang terkemuka.

Masjid Shuishang yang mengalami kerosakan teruk pada zaman dahulu selesai dibina semula sempena perayaan Tahun Baharu China tahun 2012. Masjid Shuishang yang terletak di Jalan Jinchengguan berhampiran dengan Taman Baitashan di sebelah utara. Masjid ini direka bentuk oleh arkitek yang terkenal yang juga mantan Datuk Bandar Lanzhou, Ren Zhenying. Masjid Shuishang dibina di sebuah tapak yang berbentuk kapal di atas Sungai Kuning. “Shuishang” dalam bahasa Mandarin bermakna “di atas air”.

Bangunan dua tingkat ini mempunyai keluasan 488 meter persegi dan bercirikan seni bina Arab. Dinding ruang sembahyang dicat warna kuning dan hijau, serta lukisan bercorak kesenian dunia Timur. Lampu di bumbung kubah berbentuk anak bulan.

Umat Islam tempatan menyumbang derma untuk membina sebuah perpustakaan di masjid ini bagi meningkatkan taraf pendidikan penduduk Islam.


Masjid Shuishang yang terkenal telah menarik sejumlah besar pelancong Islam dari luar negara dan membolehkan mereka lebih memahami sejarah agama Islam di China.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin