Lokasi Anda: Laman Utama > Sinar Islam > Masjid > Kandungan

Masjid Phoenix, Hangzhou

2014-11-15 15:25:08

Masjid Phoenix, Hangzhou

Masjid Phoenix (Fenghuang), yang nama awalnya Masjid Zhenjiao juga dikenali sebagai Masjid Sembahyang. Masjid ini terletak di persimpangan jalan antara Jalan Tengah Zhongshan dan Jalan Besar Tasik Barat di bandar Hangzhou. Ia diberikan nama sedemikian kerana kompleks pembinaan awal masjid ini berbentuk burung phoenix.

Masjid yang dibina pada tahun 618 hingga 626 ini telah dibaik pulih beberapa kali menjadikan keluasan keseluruhannya sekarang kira-kira 2,600 meter persegi. Pada zaman Dinasti Yuan (abad ke-13), masjid tersebut diubah suai oleh ulama Islam dari Parsi, Al-Din. Masjid tersebut juga dibina semula pada zaman Dinasti Ming dan Qing, dan pernah dibaiki semula pada tahun 1953. Dewan besarnya yang masih ada pada masa ini merupakan tinggalan pada zaman Dinasti Yuan. Dewan tersebut dibuat daripada batu-bata dan mempunyai gerbang. Bahagian atas ceruk bumbungnya yang berbentuk sengkuang Cina diliputi bumbung yang berbentuk hemisfera. Jika dipandang dari jauh, masjid tersebut mempunyai tiga buah menara. Di dalam dewan besar tersebut ada dua batang tiang yang diukir corak bunga dan rumput yang merupakan tinggalan sejarah sebelum Dinasti Yuan. Di sebelah kiri masjid tersebut pula terdapat batu bersurat.


Masjid Phoenix dan Masjid Singa (Shizi) Guangzhou, Masjid Kylin (Qilin) Quanzhou, dan Masjid Burung Jenjang (Xianhe) Yangzhou, dikenali sebagai empat masjid yang terkenal di China pada zaman lampau.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin