Lokasi Anda: Laman Utama > Sinar Islam > Masjid > Kandungan

Masjid Niujie

2014-11-12 14:48:04

Masjid Niujie

Masjid Niujie yang dibina pada tahun 966 Masihi merupakan masjid lama yang pertama dibina di petempatan awal penduduk Islam di selatan Beijing.

Dengan keluasan kira-kira 6,000 meter persegi, dan ruang solatnya 600 meter persegi, masjid ini boleh menampung seribu jemaah menunaikan solat. Gaya seni bina dan reka bentuk bangunannya merupakan gabungan seni bina istana China dan bangunan Arab. Struktur kayu binaan masjid ini mempunyai hiasan bercorak Arab.

Alamat: No. 88, Niujie Street, Xuanwu District, Beijing

Tel: 86-10-63532564

Masjid Niujie

Panduan ke Masjid Niujie

Terdapat beberapa buah masjid di kawasan kosmopolitan Beijing yang boleh dimanfaatkan untuk bersolat ketika saudara berada di sekitar kawasan tersebut terutama pada hari Jumaat. Masjid yang paling terkenal ialah Masjid Niujie. Ada beberapa cara untuk ke masjid ini.

Sekiranya anda menaiki kereta api bawah tanah Laluan 1, saudara turun di stesen Xidan dan keluar melalui pintu C untuk ke jalan besar. Terdapat sebuah perhentian bas berhadapan dengan bangunan stesen bas ulang-alik ke lapangan terbang. Saudara naik bas No. 10. Bas itu akan sampai ke perhentian Niujie selepas kira-kira lima belas minit perjalanan. Jangan risau saudara akan terlepas perhentian tempat turun kerana ada pemakluman dalam bahasa Mandarin, yang memberitahu penumpang stesen yang seterusnya ialah Niujie dan bersedia untuk turun. Ini diikuti pula dengan pemakluman yang sama dalam bahasa Arab.

Selepas turun dari bas, susur jalan ke hadapan melalui pasar raya Muslim Niujie dan menyeberang jalan ke kiri untuk ke kompleks masjid berkenaan. Jika hendak cepat, saudara boleh bertukar kereta api bawah tanah di stesen Fuxingmen Laluan 1 (stesen pertukaran) ke Laluan 2 dan turun di stesen Changchunjie. Sampai di stesen itu, keluar melalui pintu A2 dan ke sebelah kiri jalan Changchunjie ada perhentian bas, tunggu bas No.10 dan turun pada stesen ketiga di tepi pasar raya Muslim Niujie tadi.

Jika saudara hendak menaiki bas dari Jalan Shijingshan (Shijingshan Road), bas No.337 ke Changchunjie berhenti di perhentian akhirnya di Changchunjie Lukoudong. Patah balik ke belakang dan menyeberang jalan ke perhentian bas No.10 tadi dan naik hingga ke stesen ketiga tepi pasar raya Muslim Niujie. Saudara juga boleh naik bas No.57 di perhentian Gongzhufen dan turun di perhentian bas Guang'anmen. Saudara berjalan kaki di sebelah kanan jalan untuk ke Masjid Niujie.

Jika saudara hendak menaiki teksi ke masjid ini, tunjukkan alamat dalam  tulisan Cina kepada pemandu teksi dan saudara bolehlah tuturkan dialog ini. 

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin