Lokasi Anda: Sinar Islam > Masjid
Masjid Huaisheng, Guangzhou

Masjid Huaisheng, Guangzhou

2014-11-15 15:50September 17 2019 20:46:09

Masjid Huaisheng yang terletak di daerah Yuexiu, bandar Guangzhou, provinsi Guangdong, dibina pada tahun 627 Masihi, iaitu pada zaman Dinasti Tang. Ia merupakan masjid yang paling awal dibina setelah agama Islam disebarkan ke China. Masjid ini juga merupakan salah satu daripada empat buah masjid yang paling bersejarah dan paling terkenal di China. Masjid Huaisheng dibina oleh Saad Abi Waqas, iaitu bapa saudara Nabi Muhammad yang datang ke China untuk mengembangkan agama Islam serta umat Islam dari Asia Barat yang berhijrah ke China.

Masjid Dongsi

Masjid Dongsi

2014-11-15 15:43September 17 2019 20:46:09

Masjid Dongsi dibina pada tahun 1447 (Dinasti Ming). Masjid ini merupakan salah sebuah masjid kuno yang terbesar dan terbaik di bandar raya Beijing. Masjid Dongsi berkeluasan kira-kira 10 ribu meter persegi. Gaya pembinaannya bercirikan seni bina bangunan istana pada zaman Dinasti Ming. Dewan solat utama masjid ini tingginya 15 meter dengan keluasan 500 meter persegi, yang boleh menampung 500 jemaah menunaikan solat.

Masjid Xiaotaoyuan Shanghai

Masjid Xiaotaoyuan Shanghai

2014-11-15 15:41September 17 2019 20:46:09

Masjid Xiaotaoyuan yang terletak di No. 52 Jalan Xiaotaoyuan, daerah Huangpu, bahagian selatan bandar raya Shanghai ini dibina pada tahun 1917. Pada tahun 1925, masjid ini dibina semula pada tapak yang sama. Projek pembinaan itu mengambil masa selama lima tahun iaitu siap pada tahun 1930.

Masjid Xinjie, Luoyang

Masjid Xinjie, Luoyang

2014-11-15 15:36September 17 2019 20:46:09

Masjid Xinjie terletak di Chanhe, kawasan petempatan etnik Hui di bandar Luoyang, provinsi Henan, China. Lebih 1000 tahun yang lalu, Luoyang sebagai ibu kota timur bagi zaman Dinasti Tang, merupakan salah sebuah bandar yang penting dalam Laluan Sutera Darat dan Laluan Rempah Laut, ia menarik sejumlah besar saudagar dari China dan negara-negara Arab. Pada zaman itu, kawasan Chanhe di bandar Luoyang merupakan pusat perdagangan. Ramai saudagar dari Arab dan Parsi membuka kedai rempah, sehingga kebanyakan keturunan mereka menetap di sini.

Masjid Besar Xi'an

Masjid Besar Xi'an

2014-11-15 15:29September 17 2019 20:46:09

Agama Islam disebarkan ke Xi'an pada tahun 651 Masihi, iaitu pada zaman Dinasti Tang. Masjid Besar Xi'an juga dikenali sebagai Masjid Huajuexiang kerana masjid ini terletak di Lorong Huajue, barat laut Gulou (Gerbang Gendang), iaitu salah satu mercu tanda bandar Xi'an.

Masjid Shuishang, Lanzhou

Masjid Shuishang, Lanzhou

2014-11-15 15:27September 17 2019 20:46:09

Bandar Lanzhou, ibu kota provinsi Gansu yang terletak dalam laluan penting Jalan Sutera Darat merupakan satu-satunya ibu kota yang direntasi Sungai Kuning di China. Bandar ini turut menjadi pusat agama Islam di China, kerana banyak penduduk etnik Hui, Banan, Salak dan Dongxiang yang menganut agama Islam sejak turun-temurun tinggal di bandar ini. Terdapat banyak masjid yang besar di Lanzhou. Masjid Shuishang yang terletak di tebing utara Sungai Kuning merupakan salah sebuah masjid yang terkemuka.

Masjid Phoenix, Hangzhou

Masjid Phoenix, Hangzhou

2014-11-15 15:25September 17 2019 20:46:09

Masjid Phoenix (Fenghuang), yang nama awalnya Masjid Zhenjiao juga dikenali sebagai Masjid Sembahyang. Masjid ini terletak di persimpangan jalan antara Jalan Tengah Zhongshan dan Jalan Besar Tasik Barat di bandar Hangzhou. Ia diberikan nama sedemikian kerana kompleks pembinaan awal masjid ini berbentuk burung phoenix.

Masjid Niujie

Masjid Niujie

2014-11-12 14:48September 17 2019 20:46:09

Masjid Niujie yang dibina pada tahun 966 Masihi merupakan masjid lama yang pertama dibina di petempatan awal penduduk Islam di selatan Beijing.

Masjid Chongxingjie, Shandong

Masjid Chongxingjie, Shandong

2014-11-06 15:16September 17 2019 20:46:09

Masjid Chongxingjie yang terletak di sebelah barat Jalan Shizijiexin, bandar Dezhou, provinsi Shandong, China dibina pada zaman Dinasti Ming. Masjid itu merupakan masjid yang tertua dan terbesar di bandar Dezhou.

Masjid Eidgah, Kashgar Xinjiang

Masjid Eidgah, Kashgar Xinjiang

2014-11-02 14:27September 17 2019 20:46:09

Masjid Eidgah merupakan mercu tanda bagi Bandar Kashgar, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang. Masjid itu merupakan masjid yang terbesar di Xinjiang malah seluruh China dan amat terkenal di dunia Islam antarabangsa. Masjid Eidgah yang luasnya kira-kira 1.68 hektar terletak di sebelah barat Dataran Eidgah, Bandar Kashgar. Panjangnya 140 meter dan lebarnya 120 meter. Pintu masjid itu menghadap ke arah timur.

< 1 2 3 4 5 6 7

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin