Masjid Xiyangcun terletak di utara kampung Xiyangcun, kawasan Nanguan, kaunti Daming, provinsi Hebei, China. Masjid yang seluas lebih 1,300 meter persegi itu menghadap ke timur.
Mukim autonomi Jiumen yang berpenduduk etnik Hui merupakan satu-satunya mukim autonomi Islam di daerah Gao, bandar Shijiazhuang, provinsi Hebei, China. Pada tahun 756 Masihi, panglima yang tersohor pada zaman Dinasti Tang, Guo Ziyi mengetuai pasukan tenteranya berperang di kawasan itu.
Masjid Jiedi terletak di mukim autonomi etnik Hui pekan Jiedi kaunti Cang, provinsi Hebei, China. Masjid yang seluas 3,330 meter persegi itu dibina pada zaman Dinasti Ming (1368-1644 Masihi).
Masjid Xiyingzhen yang terletak di kawasan Xiguan pekan Xiying kaunti Daming, provinsi Hebei dibina pada zaman pemerintahan Maharaja Zhengde (1491—1521Masihi). Masjid yang bercirikan seni bina tradisional China itu agak besar.
Masjid Qilidian yang dibina pada zaman pemerintahan Maharaja Zhengde (1491- 1521Masihi) Dinasti Ming terletak di timur Kampung Qilidian kaunti Daming, provinsi Hebei, China. Masjid tersebut bercirikan seni bina tradisional China.
Masjid Mashizhuang terletak provinsi Hebei, China. Menurut catatan sejarah, Ma Liang, seorang penganut agama Islam berhijrah dari kaunti Hongdong ke kaunti Daming pada tahun 1489 Masihi lalu membina masjid tersebut.
Pada zaman dahulu, terdapat 50 keluarga Islam dari kawasan Ningxia, Shanxi dan Gansu berhijrah ke Zhangjiakou untuk urus niaga jual beli unta. Lama-kelamaan, mereka telah membina masjid di situ.
Masjid sentiasa menjadi nadi dan pusat kepada penempatan masyarakat beragama Islam seperti yang terjelma pada komuniti Muslim di kota yang pernah menjadi antara lokasi penting Laluan Sutera ini. Masjid Besar Xi'an yang dibina pada tahun 742 Masihi ketika Dinasti Tang ini boleh dianggap sebagai hati dan jiwa yang menggerakkan seluruh kegiatan di destinasi perniagaan masyarakat Islam yang mencuri perhatian pelancong.
Sejurus tiba di gerbang pintu Masjid Besar Xi'an, perasaan dan emosi saya mula tertawan akan keindahan seni reka bentuk klasik China dan Arab. Ditambah pula keindahannya diserikan dengan hiasan taman-taman bunga menghijau malar segar.
Kawasan autonomi Islam Jeidi berjarak lima kilometer dari selatan kaunti Cang, provinsi Hebei. Kawasan itu berhampiran dengan Terusan Besar Beijing-Hangzhou dan lokasi penting dari segi pengangkutan sejak zaman dahulu.
Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.