Lokasi Anda: Laman Utama > Sinar Islam > Budaya Islam > Kandungan

Seni Tarian Dongxiang

2017-03-23 16:25:03

Seni Tarian Dongxiang

Dongxiang merupakan salah satu daripada 10 etnik minoriti yang menganut agama Islam sejak turun-temurun. Kaum Dongxiang yang tergolong dalam aliran Syiah itu biasanya menetap dalam komuniti sendiri di provinsi Gansu, barat laut China. Etnik itu mempunyai sejarah yang lama dan budaya yang unik.Seni tarian etnik Dongxiang mempunyai keunikan sendiri. 

Penari wanitanya cantik dan rentak tarinya lemah gemalai.Sebaliknya, tarian untuk lelaki penuh semangat dan keperwiraan.Tarian tradisional Yanxiqu (muzik untuk jamuan) bukan sahaja popular dalam kalangan etnik Dongxiang, malah etnik minoriti beragama Islam yang lain di barat laut China seperti Hui, Salar dan Baoan. 

Seni Tarian Dongxiang

Tarian jenis itu biasanya dipersembahkan semasa jamuan untuk meraikan keluarga pengantin wanita dalam majlis perkahwinan. Seni kata lagu untuk tarian jenis itu biasanya bersumberkan cerita rakyat. Tarian itu biasanya ditarikan secara berpasangan oleh dua hingga lapan orang lelaki.

Seni Tarian Dongxiang

Tarian Hali pula biasanya dipersembahkan dalam majlis perkahwinan kaum Dongxiang bagi mengucapkan tahniah dan mendoakan kebaikan untuk pengantin baru.

Seni Tarian Dongxiang

Tarian Zhezibai dipersembahkan dalam aktiviti yang berbentuk keagamaan. Penari lelaki menari mengikuti rentak alunan bacaan al-Quran.

Anda mungkin berminat

Khabar Buatmu

Khabar Buatmu: Saudara Steven Chan, Apa Khabar Sekarang?

Sungai Kuning mengalir timur ke barat, Perahu persaudaraan China sampai ke Malaysia, Biarpun betapa jauh hati dekat, Persahabatan China-Malaysia selam-lamanya.

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
Galeri:
China Dunia Hiburan Sukan
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin