Lokasi Anda: Laman Utama > Sinar Islam > Budaya Islam > Kandungan

Ding Xu: Pakar Dialek Islam di Xi'an

2017-01-25 13:50:37

Ding Xu: Pakar Dialek Islam di Xi'an

Ding Xu, 68 tahun merupakan penduduk etnik Hui yang menganut agama Islam sejak turun-temurun. 

Beliau terkenal dengan penghasilan karya Dialek Etnik Hui Xi'an.

Setelah lulus dari sekolah menengah, Ding pernah bekerja di dua buah perusahaan. 

Pada tahun 1982, Ding yang sudah berusia 34 tahun, memasuki Universiti Siaran Radio dan Televesyen Shaanxi. 

Menurut Ding, tujuan beliau melanjutkan pelajaran ke universiti adalah untuk mengkaji dialek Hui. 

Ding Xu: Pakar Dialek Islam di Xi'an

Dialek Hui mempunyai sejarahnya yang tersendiri dan dipenuhi dengan unsur-unsur kebijaksanaan dan humor. 

Dialek itu menonjolkan keunikan budaya Jalan Sutera yang telah bersejarah selama dua ribu tahun. 

Pada zaman dahulu, penduduk Parsi berhijrah ke Xi'an untuk berniaga atau bekerja sebagai tentera. 

Ding Xu: Pakar Dialek Islam di Xi'an

Kebanyakan mereka lelaki. Mereka berkahwin dengan penduduk etnik Han dan turut bertutur dalam bahasa Mandarin, namun bahasa Mandarin mereka mempunyai dialek sendiri.

Pada zaman sekarang, masyarakat telah mengalami banyak perubahan. 

Banyak dialek mulai hilang ditelan zaman. 

Ding Xu: Pakar Dialek Islam di Xi'an

Ding Xu berasa bimbang sekiranya dialek yang mencerminkan kebijaksanaan nenek moyang hilang begitu sahaja. 

Dalam tempoh lebih 30 tahun yang lalu, beliau sentiasa membawa pen dan kertas untuk mencatat dialek yang pernah dituturkan 

oleh penduduk etnik Hui di pelbagai kawasan di Xi'an. 

Selain itu, beliau turut mempelajari bahasa Parsi, bahasa Arab, Tujue, Mongolia, Uygur, Tibet dan Manchu serta membuat penyelidikan tentang pelbagai catatan sejarah.

Menurut beliau, cara pertuturan etnik Hui merupakan komponen penting dalam khazanah bangsa China, manakala pertuturan etnik Hui di Xi'an pula menjadi bahagian penting dalam pelbagai dialek di kawasan barat laut China. 

Dialek itu memperlihatkan ciri daerah, etnik, agama dan adat resam.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin