Lokasi Anda: Laman Utama > Sinar Islam > Budaya Islam > Kandungan

Dombura, Alat Muzik Etnik Kazak Yang Unik

2016-08-08 12:40:34

Dombura, Alat Muzik Etnik Kazak Yang Unik

Pesta Kebudayaan Dombura ke-3 telah dirasmikan di Tacheng, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, China pada 22 Mei lalu. 
Seribu pemain Dombura bermain alat muzik itu bersama-sama semasa berlangsungnya pesta kebudayaan tersebut. Mulatibieke Heizhati, 54 tahun, turut menyertai persembahan kali ini. 
Beliau merupakan guru yang sudah bersara. Seperti kebanyakan penduduk etnik Kazak yang lain, beliau berminat dengan alat muzik Dombura sejak kecil lagi. 
Alat muzik itu telah menjadi sebahagian dalam kehidupan Mulatibieke. 

Dombura, Alat Muzik Etnik Kazak Yang Unik


Beliau sentiasa merebut peluang untuk bermain alat muzik itu sama ada semasa perjumpaan sosial, majlis perkahwinan, festival atau persembahan.
Semua anggota keluarga Mulatibieke mahir bermain Dombura. Beliau membesar dengan mendengar bunyi alat muzik itu hampir setiap hari. 
Ketika berusia 16 tahun, beliau mula mengikuti pengajian muzik secara profesional dengan seorang pemuzik. 
Selain bermain Dombura, Mulatibieke amat tertarik dengan bidang gubahan muzik. 

Dombura, Alat Muzik Etnik Kazak Yang Unik


Setakat ini, beliau telah menghasilkan 78 lagu. Lebih 10 lagu yang dihasilkan oleh beliau telah disenaraikan dalam koleksi lagu Dombura. Pada ketika ini, Mulatibieke telah mempunyai kira-kira 20 pelajar. 
Beliau berharap agar alat muzik itu dapat menyebarkan sejarah dan budaya etnik Kazak di China kepada seluruh dunia. 

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin