Lokasi Anda: Laman Utama > Sinar Islam > Budaya Islam > Kandungan

Rouzi Bawudong, Pewaris Seni Pembuatan Alat Muzik Uygur

2016-06-16 12:49:16

Rouzi Bawudong, Pewaris Seni Pembuatan Alat Muzik Uygur

Rouzi Bawudong sering bermain Duttar, alat muzik tradisional Uygur sambil menyanyikan lagu di Kampung Jiayi kawasan Aksu, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, China. 

Beliau menjadi pewaris budaya bukan benda peringkat provinsi. 

Kampung Jiayi merupakan pusat pembuatan alat muzik Uygur. 

Terdapat lebih 200 pembuat alat muzik daripada 299 keluarga yang mendiami kampung itu.

Rouzi Bawudong, Pewaris Seni Pembuatan Alat Muzik Uygur

Keluarga Rouzi mewarisi kemahiran membuat alat muzik daripada datuknya dan kini sudah bersejarah lebih 200 tahun. 

Dalam tempoh lebih 30 tahun, Rouzi telah membuat banyak alat muzik dan jumlahnya seperti bintang di langit. 

Rouzi Bawudong yang lahir pada tahun 1970 sangat suka bermain alat muzik. 

Sejak kecil lagi beliau sudah menunjukkan minat terhadap pembuatan alat muzik tradisional Uygur, kesan pengaruh daripada ayahnya. 

Ketika berusia 16 tahun, Rouzi mula belajar teknik membuat alat muzik daripada ayahnya. 

Menurut Rouzi, untuk membuat Duttar yang berkualiti tinggi memerlukan lima proses dan mengambil masa selama kira-kira dua tahun.

Pada tahun 2014, pusat pameran alat muzik budaya Qiuci telah selesai dibina di Kampung Jiayi. 

Pusat itu menyediakan studio secara percuma kepada pewaris budaya bukan benda. 

Di studio Rouzi, terdapat pelbagai jenis alat muzik tradisional yang istimewa seperti Duttar, Tanbur, Rawap dan Hajak.

Karya yang dihasilkan oleh Rouzi kini dijual dengan harga lebih RMB2,000. 

Pada masa ini, alat muzik yang dibuat oleh Rouzi telah dijual ke luar negara seperti Amerika Syarikat (AS).

Kini, Rouzi giat mendidik pewarisnya. Beliau telah menerima lebih 30 pelajar dari seluruh Xinjiang.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin