Lokasi Anda: Laman Utama > Sinar Islam > Budaya Islam > Kandungan

Keunikan Roti Nan Etnik Uygur

2015-11-18 12:41:48

Keunikan Roti Nan Etnik Uygur

Roti nan merupakan makanan penduduk etnik Uygur yang unik. Apabila orang Cina menyebut etnik Uygur di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, China, pasti teringat akan dua jenis makanan, iaitu roti nan dan sate kambing. 
Roti nan sudah wujud selama lebih dua ribu tahun. Ahli arkeologi pernah menemui roti nan yang masih elok di dalam sebuah makam lama. Perkataan "nan" berasal daripada bahasa Parsi dan agak popular di Semenanjung Arab, Turki dan Asia Barat. Penduduk etnik Uygur mula-mula memanggil roti nan sebagai "aimaik". Setelah agama Islam tersebar di kawasan tersebut, mereka mula memanggil makanan itu sebagai nan.Roti nan mudah dimasak dan boleh tahan lama. Roti nan amat sesuai kepada para pedagang yang berjalan jauh dan penduduk nomad yang selalu berpindah-randah. Tepung gandum merupakan bahan mentah utama untuk memasak roti nan. Selain itu, bijan, bawang, telur, minyak, susu lembu, gula dan garam juga antara ramuan yang penting. 

Keunikan Roti Nan Etnik Uygur


Kebanyakan roti nan berbentuk bulat. Roti nan mempunyai banyak saiz. Yang besar, garis tengahnya adalah sepanjang 40 hingga 50 sentimeter dan menggunakan dua kilogram tepung gandum. Manakala, yang kecil, saiznya sebesar penutup cawan dan tebalnya hanya beberapa sentimeter sahaja.
Hampir kesemua penduduk Uygur pandai membuat roti nan. Makanan tersebut sangat penting kepada penduduk Uygur, khususnya  ketika melayan tetamu.

Keunikan Roti Nan Etnik Uygur


Terdapat beberapa pantang larang berkenaan dengan roti nan. Antaranya termasuklah roti nan tidak boleh dikira dan tidak boleh dibuang atau dibazirkan. Selain itu, sisa roti nan mesti dikutip dan diberikan kepada burung. Pada pandangan penduduk etnik Uygur, roti nan seumpama nyawa bangsa.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin