Lokasi Anda: Laman Utama > Sinar Islam > Budaya Islam > Kandungan

Taridra Bulan Terbit di Helan

2015-10-22 13:11:45

Taridra Bulan Terbit di Helan

Taridra Bulan Terbit di Helan merupakan taridra yang pertama bagi etnik Hui yang menganut agama Islam sejak turun-temurun di China. 
Taridra itu menceritakan sebuah kisah indah yang berlaku di Jalan Sutera pada zaman dahulu untuk membuktikan kewujudan dan pembangunan etnik Hui di Wilayah Autonomi Hui Ningxia serta pertembungan budaya antara tamadun Islam dengan tamadun China. 
Taridra tersebut telah dipentaskan selama tiga tahun dengan melibatkan kos sebanyak RMB 7 juta. Lebih 100 orang karyawan yang terkenal dari pelbagai tempat di China menyertai pementasan tersebut. 
Pada Januari 2007, Taridra Bulan Terbit di Helan buat pertama kali dipersembahkan di Dewan Rakyat Ningxia. Seterusnya, taridra tersebut dipersembahkan di pelbagai tempat di China dan sempena pesta kesenian dan Ekspo China-Arab. 

Taridra Bulan Terbit di Helan


Selain itu, taridra tersebut turut dipersembahkan di beberapa negara asing, khususnya negara-negara Islam seperti Qatar, Sudan, Mesir dan Algeria.
Pada 22 November 2013, taridra tersebut telah dipersembahkan di Jakarta, Indonesia. Lebih 500 orang rakyat Indonesia menyaksikan persembahan tersebut. 

Taridra Bulan Terbit di Helan


Pihak penganjur, iaitu Pengerusi Persatuan Pertukaran Budaya dan Agama Indonesia berkata, persembahan ini menyediakan platform bagi pertukaran idea dan budaya antara China dengan Indonesia. 
Selain itu, taridra tersebut telah meningkatkan hubungan persahabatan dan kerjasama antara persatuan Islam kedua-dua negara.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin