Lokasi Anda: Laman Utama > Sinar Islam > Budaya Islam > Kandungan

Wusyu Etnik Hui

2015-08-28 16:50:47

Wusyu Etnik Hui

Etnik Hui merupakan etnik yang terbesar dalam 10 etnik minoriti yang menganut agama Islam sejak turun-temurun di China. 
Wusyu merupakan seni mempertahankan diri yang menjadi amalan tradisi bagi etnik Hui untuk menguatkan tubuh badan. Kawasan yang terdapat banyak penduduk etnik Hui, maka di situlah terdapat banyak peminat Wusyu. 
Penduduk etnik Hui di seluruh negara China, khususnya di provinsi Henan, Hebei dan Shandong dikatakan berminat dengan seni mempertahankan diri itu sejak turun-temurun.
Nenek moyang penduduk etnik Hui berhijrah dari Asia Tengah dan Asia Barat. Pada zaman Dinasti Yuan (1271-1368Masihi), sejumlah besar penduduk etnik Hui menyertai pasukan tentera dan ditempatkan di seluruh China. 

Wusyu Etnik Hui


Mereka mahir menunggang kuda, memanah, bermain lembing dan bergada. Dalam pasukan pemberontak yang menggulingkan Dinasti Yuan, terdapat sejumlah besar panglima dan pegawai kanan tentera terdiri daripada penduduk etnik Hui. 
Setelah tertubuhnya Republik Rakyat China, Wusyu menjadi semakin popular dalam kalangan penduduk etnik Hui. Mereka begitu menghargai tradisi yang hebat itu. 
Wusyu etnik Hui banyak memberikan sumbangan dan menjadi bahagian yang penting dalam budaya Wusyu China dan warisan budaya bangsa China.


Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin