Lokasi Anda: Laman Utama > Sinar Islam > Budaya Islam > Kandungan

62 Khonger, Legenda Muzik Etnik Kazak

2015-05-29 17:03:13

62 Khonger, Legenda Muzik Etnik Kazak

62 Khonger merupakan muzik klasik etnik Kazak yang menganut agama Islam sejak turun-temurun di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, China. Kesenian itu telah disenaraikan dalam warisan budaya bukan benda kumpulan pertama di wilayah tersebut. 
Khonger ialah istilah yang suci dalam bahasa Kazak kuno. Istilah tersebut mempunyai pelbagai maksud. Sekiranya merujuk kepada warna, "khonger" bermaksud warna coklat yang diwujudkan daripada tujuh jenis warna matahari. Sekiranya merujuk kepada persekitaran, "khonger" bererti kawasan penternakan dan kediaman yang mempunyai gunung, air, rumput dan pokok. "Khonger" digunakan oleh penduduk Kazak untuk merujuk kepada sebarang benda-benda suci, cantik dan menawan. Dalam bidang muzik, "khonger" pula merujuk kepada muzik yang menyenangkan. 
62 bukanlah jumlah yang pasti cuma menunjukkan kuantiti yang besar. Menurut kepercayaan penduduk etnik Kazak, terdapat 62 saluran darah  dalam tubuh manusia. Nyawa kita bergantung pada 62 saluran darah tersebut. Muzik 62 Khonger menjadi semangat yang penting kepada penduduk etnik Kazak. 

62 Khonger, Legenda Muzik Etnik Kazak


62 Khonger terdiri daripada mitos, syair, muzik dan tarian. Terdapat lebih 10 ribu lagu dalam 62 Khonger. Namun, kebanyakannya telah lenyap. Sejak tahun 1996, kerajaan berusaha mencari muzik 62 Khonger di pelbagai kawasan kediaman penduduk etnik Kazak. Setakat ini, lebih 100 lagu rakyat, 500 lagu dan 500 lagi muzik untuk alat muzik tambura telah dikumpulkan dan dicatat.

62 Khonger, Legenda Muzik Etnik Kazak

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin