Lokasi Anda: Laman Utama > Sinar Islam > Budaya Islam > Kandungan

Papan Peluncur Salji Kulit Kuda Etnik Kazak

2015-03-25 17:01:33

Papan Peluncur Salji Kulit Kuda Etnik Kazak

Dalam sejarah yang begitu lama, penduduk etnik Kazak yang menganut agama Islam sejak turun-temurun di wilayah Xinjiang, China telah mencipta papan peluncur salji yang dibuat daripada kulit kuda untuk berjalan-jalan di atas salji tebal ketika musim sejuk. Pada masa ini, teknik pembuatan papan peluncur salji kulit kuda telah disenaraikan sebagai warisan budaya bukan benda kumpulan kedua wilayah Xinjiang.
Kampung Nuogaite di bandar Altay, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang disebut sebagai "kampung halaman papan peluncur salji kulit kuda". Kampung  yang terletak di sebuah lembah itu berjarak lapan kilometer dari kawasan bandar Altay. Jumlah penduduk di kampung itu mencatat lebih 800 orang, kebanyakan mereka ialah penduduk etnik Kazak. 

Papan Peluncur Salji Kulit Kuda Etnik Kazak


Shakexi yang berusia 55 tahun merupakan pewaris teknik membuat papan peluncur salji kulit kuda generasi ke-4. Nenek moyangnya bekerja sebagai tukang kayu sejak turun-temurun. Menurut Shakexi, pemilihan kulit kuda untuk membuat papan peluncur salji sangat rumit. Beliau biasanya memilih kuda yang berusia antara 5 hingga 10 tahun ketika musim sejuk. Keadaan ini disebabkan bulu kuda agak panjang pada ketika itu. Selain itu, kulit paha kuda juga menjadi pilihan yang paling baik untuk membuat papan peluncur salji.

Papan Peluncur Salji Kulit Kuda Etnik Kazak

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin