Lokasi Anda: Laman Utama > Sinar Islam > Budaya Islam > Kandungan

Xinjiang dalam Lensaku

2014-11-18 12:33:28

(Teks dan Foto oleh Samsul Said)

Xinjiang yang berkeluasan lebih 1.66 juta km persegi, merangkumi satu per enam daripada seluruh negara China. Xinjiang yang terletak di antara negara Asia dan Eropah, bersempadan dengan Wilayah Autonomi Tibet di selatan, provinsi Qinghai dan Gansu di tenggara, negara Mongolia di timur, dan negara Rusia, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Tajikistan, dan Afghanistan di utara dan barat.

Xinjiang mendapat namanya pada zaman Dinasti Qing yang ditubuhkan oleh orang Manchu. Orang Uygur yang beragama Islam membentuk kelompok terbesar penduduk di kawasan ini. Majoriti penduduk atau lebih 9 juta orang dari 10 etnik di Xinjiang menganut agama Islam. Agama Islam mempunyai pengaruh yang paling kuat namun terdapat juga agama lain diamalkan di sini. Di Xinjiang terdapat lebih 23,000 buah termasuk masjid, kuil lama dan gereja Kristian.

Selama 10 hari di wilayah ini, saya berkesempatan melihat sendiri cara hidup pelbagai etnik yang mendiami wilayah autonomi ini. Kembara pertama saya ialah Urumqi, ibu kota dan pusat pentadbiran wilayah autonomi Xinjiang yang terletak di barat laut Republik Rakyat China. Urumqi yang mempunyai kepadatan penduduk lebih 2.3 juta, merupakan bandar terbesar di pedalaman barat laut China. Sejak 1990-an Urumqi telah berkembang dari segi ekonomi menjadi pusat komersial. Saya melihat bandar ini pesat membangun mengikut peredaran zaman, namun apa yang mengagumkan saya, di setiap restoran yang kami kunjungi, seni ukiran masih dikekalkan seperti zaman dulu kala dan menjadi salah satu tarikan pelancong. Xinjiang juga patut dicontohi oleh negara-negara lain kerana persekitaranya yang cukup bersih dan dijaga oleh kerajaan tempatan.

Dari Urumqi, saya menuju ke tapak peninggalan Kota Jiaohe. Cuaca ketika itu sekitar 45 darjah celcius. Kota yang diperbuat daripada tanah liat ini pernah menjadi pusat pentadbiran politik dan membangunkan ekonomi pada abad ke-2 sampai ke-5 sebelum masihi. Kota yang berkeluasan sekitar 1,600 meter persegi ini telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai tapak warisan dunia. Antara tempat yang menarik berhampiran kota ini adalah kawasan penanaman anggur yang termasyur di China. Turpan atau Lembah Anggur ini merupakan bandar oasis di daerah Xinjiang, China. Jaraknya hanya lapan kilometer dari sebelah barat runtuhan kota Jiaohe.

Wilayah Xinjiang memiliki destinasi pelancongan bagi mereka yang  meminati alam semula jadi dan ingin lari dari keriuhan kota. Pergunungan Tianshan, Kanas dan Nalati yang cuacanya di bawah 40 darjah celcius didiami etnik Mongol dan Kazak merupakan destinasi yang mesti dikunjungi. Majoriti etnik ini bercucuk tanam dan menternak haiwan seperti lembu dan kambing sebagai mata pencarian utama. Antara tarikan pelancong ialah bentuk rumah mereka yang begitu unik, pakaian tradisional mereka dan aktiviti berkuda mereka yang seperti zaman dulu kala serta keramahan mereka. Mereka juga menghasilkan produk kraf  tangan tempatan seperti beg dan pakaian. Anda juga boleh menyaksikan matahari terbenam dari atas bukit dengan menunggang kuda yang terdapat di perkampungan ini.

Sebagai jurugambar, bagi saya Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang ini “syurga” jurugambar yang meminati alam semula jadi, cara hidup atau suka memotret wajah-wajah unik pelbagai etnik yang mendiami wilayah ini.


Anda mungkin berminat

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin