Lokasi Anda: Laman Utama > Sinar Islam > Budaya Islam > Kandungan

Asimilasi Budaya terhadap Permakaman Orang Islam China

2014-11-15 16:13:47

 Sehubungan itu, dalam kajian penulis mendapati di makam-makam orang Islam yang dianggap suci dan keramat biasanya terdapat bekas colok ini diletakkan di sisi atau berhampiran makam berkenaan. Pengunjung yang datang akan menyalakan api pada colok dan mencacakkan di bekas yang disediakan. Ianya mungkin bertujuan bagi menimbulkan haruman tertentu di kawasan perkuburan berkenaan. Contohnya, bekas colok seperti gambar di bawah diletakkan di luar kawasan makam yang dipercayai sebagai Makam Saad Abi Waqas di Guangzhou, China. Ianya masih terus diamalkan hingga ke hari ini.

Begitu juga penulis dapati di kawasan makam dua orang ulamak atau pengasas Masjid Niujie di Beijing. Di situ terdapatnya bekas colok seperti rajah di bawah, bagi kegunaan para pengunjung yang datang menziarahi makam ini. Amalan ini masih berterusan hingga ke hari ini, malahan para Imam (ahong) masjid ini juga masih sering memasang colok yang dipacakkan di dalam bekas tersebut.

Satu perkara lagi yang lebih menarik ialah bilamana terdapatnya juga pemakaman orang-orang Islam China di kawasan berbukit yang tinggi yang dibuat secara bertingkat-tingkat yangmana setiap tingkat berbeza mengikut status `si mati', sebagaimana yang diamalkan oleh orang-orang China khususnya di Malaysia. Perkuburan Cina atau jirat Cina di Malaysia biasanya di kawasan berbukit tinggi bagi memudahkan mereka memeringkatkan taraf `si mati'. Bagi masyarakat Cina, lebih tinggi kedudukan tingkat makamnya, maka lebih tinggi status `si mati' berkenaan. Ianya menunjukkan kelebihan atau kemampuan `si mati' dari segi kekayaan dan harta yang dimiliki oleh `si mati' atau keluarganya. Justeru, pencarian penulis dalam laman internet mendapati di Hong Kong misalnya, terdapat permakaman (perkuburan) Islam yang bertingkat Sembilan. Kompleks makam Islam Bertingkat Sembilan ini terletak di kawasan timur Pulau Hong Kong yang dikenali sebagai Chai Wan Mosque & Muslim Cemetery. Kompleks ini merupakan perkuburan Islam di kawasan berbukit tinggi bagi mangsa-mangsa Perang Dunia Kedua (1939-1945) sama ada orang awam maupun tentera. Ianya dibina secara bertingkat-tingkat yangmana Tingkat 1 merupakan tingkat yang paling tinggi dan makamnya adalah di kalangan orang-orang yang berstatus tinggi. Manakala lebih rendah tingkatnya, lebih rendah tahap `si mati' tersebut. Ini dapat dibezakan dengan bentuk dan ciri kuburan pada setiap tingkat yang berbeza dari segi saiz, bentuk, warna dan juga kualiti bahan-bahan binaan yang digunakan untuk pembinaan makam-makam berkenaan.

Oleh yang demikian, dapatlah dirumuskan bahawa bentuk perkuburan atau permakaman orang-orang Islam turut dipengaruhi oleh budaya setempat, bukannya berdasarkan tuntutan agama Islam yang sebenarnya. Inilah juga yang berlaku dalam kalangan komuniti Islam China yangmana bentuk perkuburan dan makam mereka sedikit sebanyak merupakan asimilasi daripada budaya Cina. Ini membuktikan bahawa kedatangan Islam di China sejak lebih daripada 1400 tahun lalu mencatatkan banyak pertembungan budaya antara budaya Islam dan budaya Cina. Hasil daripada pertembungan kedua-dua budaya itu menghasilkan proses asimilasi yangmana biasa budaya etnik minoriti akan diserap dalam budaya etnik majoriti. Inilah yang berlaku dalam komuniti Islam China khususnya etnik Hui yang mengalami proses asimilasi tersebut dalam berbagai aspek kehidupan mereka termasuklah dalam soal permakaman dan bentuk makam orang Islam China yang merupakan kombinasi antara makam Cina dan Islam.

Penulis menyimpulkan bahawa terdapatnya asimilasi budaya China dalam berbagai aspek kehidupan orang-orang Islam di negara ini. Proses ini sebagai sebahagian daripada kaedah penyesuaian diri mereka dalam masyarakat China yang lebih luas bagi memastikan survival mereka secara berterusan di negara ini. Umat Islam China khususnya etnik Hui ingin memastikan bahawa pertentangan dan perbezaan di dalam keagamaan tidak akan menjadi suatu perbalahan apatah lagi mencetuskan persengketaan yang serius. Komuniti Islam tidak bersikap agresif kecuali apabila mereka ditindas dan dizalimi. Mereka juga bersikap saling menghormati dan tidak menunjukkan unsur-unsur permusuhan dengan etnik-etnik yang lain. Justeru, kehidupan mereka dapat diteruskan dalam suasana harmoni bersama-sama etnik yang lain dan dapat mengamalkan pegangan agama Islam dengan aman damai. Amalan sebegini sudah berakar umbi di dalam masyarakat Islam China sejak ribuan tahun yang lalu dan menjadi sebahagian daripada budaya mereka.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin