Lokasi Anda: Laman Utama > Sinar Islam > Budaya Islam > Kandungan

Asimilasi Budaya terhadap Permakaman Orang Islam China

2014-11-15 16:13:47

Asimilasi Budaya terhadap Permakaman Orang Islam China

Asimilasi Budaya terhadap Permakaman Orang Islam China

Kawasan pemakaman (perkuburan) Islam Bandar Che Feng, Mongolia Dalam 

Selain itu, batu nisan yang besar dan tinggi juga menampakkan pengaruh budaya Cina. Ianya dibina dengan menggunakan satu batu nisan sahaja berbanding dua batu nisan yang biasanya digunakan bagi kuburan Islam di Malaysia. Pada batu nisan tersebut di tulis nama `si mati' dalam bahasa Cina dan sedikit sekali penggunaan bahasa Arab pada tulisan di batu nisan berkenaan. Batu nisan tersebut dipacak tegak dan dibuat konkrit di bahagian bawahnya. Cuma bezanya dengan perkuburan kaum Cina ialah batu nisan dan keliling kawasan kuburan disimenkan keseluruhannya.

Asimilasi Budaya terhadap Permakaman Orang Islam China

Asimilasi Budaya terhadap Permakaman Orang Islam China

Contoh dua batu nisan di kawasan pemakaman (perkuburan) Islam Bandar Che Feng 

Liang lahat atau tempat persemadian jenazah tidak seperti di Malaysia. Di Malaysia, liang lahat berukuran 3' x 5' (lelaki) dan 3' x 7' (wanita), yangmana bertingkat di bahagian bawah untuk diletakkan papan bagi menutupi ruang jenazah. Kuburan atau liang lahat bagi masyarakat Islam di sini pula berbentuk terowong yang bersaiz hampir 4' x 8'. Pada mulanya lubang besar digali dan kemudian dibuatkan seperti terowong yang bersaiz 4' x 8'. Terowong berkenaan dibina tembok atau dinding dan disediakan pintu untuk meloloskan jenazah ke dalamnya. Tangga panjang pula dibina bagi menurunkan jenazah ke dalam terowong tersebut (lihat gambar).

 Jenazah diturunkan menerusi tangga ke terowong berkenaan. Selepas diletakkan jenazah dalam terowong, pintu terowong itu ditutup dengan batu merah dan selepas itu proses penimbusan tanahpun bermula. Sepanjang proses pengkebumian dijalankan, imam (ahong) dan beberapa orang pegawai syarak membacakan ayat-ayat Quran dan berdoa. Selesai aktiviti penimbunan tanah kubur maka berakhirlah upacara pengkebumian. Para Imam, Pegawai Syarak dan orang ramai terus beredar meninggalkan tanah perkuburan. Tiada pembacaan talqin dijalankan untuk pengkebumian jenazah orang Islam di sini. Begitu juga tiada upacara menyiram air mawar atau menabur bunga di atas pusara berkenaan. Selesai penimbunan tanah `membukit', salah seorang ahli jawatankuasa masjid hanya meletakkan batu besar sebagai batu nisan.

Melihat kepada bentuk perkuburan dan batu nisan komuniti Islam Bandar Che Feng tadi, jelas menunjukkan terdapatnya proses asimilasi budaya Cina ke dalam masyarakat Islam di China. Proses asimilasi ini telah berjalan sejak sekian lama melalui perkahwinan campur dan pergaulan dalam masyarakat Cina yang lebih luas. Ini kerana masyarakat Islam merupakan kelompok minoriti yang berasal dari Asia Barat atau Asia Tengah yang telah berhijrah melalui perdagangan dan tawanan perang, dan kemudiannya berkahwin dengan rakyat tempatan. Jadi, sedikit sebanyak budaya asal mereka telah terhakis atau disesuaikan dengan budaya bangsa Cina yang lebih dominan terutamanya dari segi bahasa, pakaian, makanan dan adat resam kehidupan yang lain. Malahan termasuklah juga menerima pengaruh Cina ini dalam aspek keagamaan khususnya perkuburan dan batu nisan sebagaimana yang diterangkan tadi. Pada mereka (masyarakat Islam), selagi unsur-unsur asimilasi itu tidak bertentangan dengan aqidah mereka sebagai umat Islam, ianya boleh diterimapakai. Namun, sekiranya perkara-perkara tersebut jelas bertentangan dan menjadi hukum kepada orang-orang Islam seperti soal makanan dan minuman, soal sembahyang, puasa dan sebagainya; ianya tidak akan diterima dan dipertahankan oleh umat Islam China.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin