Lokasi Anda: Laman Utama > Sinar Islam > Budaya Islam > Kandungan

Kesan Awal Islam di Guangzhou

2014-11-15 16:02:00

Kedudukan masjid ini sejak dinasti Tang tidak berubah. Ia kini jauh ke daratan, iaitu lebih kurang 4 km dari laut kerana pelabuhan utama dahulu telah ditimbun dan dijadikan petempatan dan pusat perniagaan. Namun, sejak dibangunkan, walaupun telah berkali-kali terbakar, bentuk, skala dan struktur Masjid Huaisheng masih dapat dipertahankan dan diperluaskan dari satu dinasti ke satu dinasti. Pemulihan dan pembinaan semula masih di tempat yang sama. Justeru, selama lebih 1300 tahun, Masjid Huaisheng sentiasa diuruskan dengan teratur dan dapat bertahan hingga ke hari ini. Ianya mempunyai nilai sejarah yang sangat tinggi kerana membuktikan bahawa Masjid Huaisheng sebagai permulaan penyebaran agama Islam di negara China.

Makam Kuno Wali-Abu Waqash


Kesan Awal Islam di Guangzhou

Makam Kuno Wali (Abu Waqas) di Guangzhou ini disebut juga sebagai "Kuburan Hui Hui", yang terletak di Bukit Guihua. Di kawasan makam terdapat bangunan rumah, manakala di sebelah baratnya terdapat tiga balai dan di sebelah utara pula terdapat ruang bersembahyang. Abu Waqas adalah seorang tokoh yang amat terkenal dalam membawa masuk agama Islam ke China. Beliau dikatakan meninggal dunia di Guangzhou dan dikuburkan di Makam Muslim Bijaksana (Xian Xian Mu) yang dibina oleh orang Islam bagi memperingati beliau. Bentuk ruang makam melengkung ke atas, laksana loceng yang tergantung. Di dalamnya seperti gua. Waktu membaca Quran atau bercakap di dalam makam ini, terdengar suara bergema sehingga juga disebut sebagai “Makam Bergema”. Makam ini dianggap keramat dan sering dikunjungi oleh berbagai lapisan masyarakat dari berbagai pelosok dunia.


Kesan Awal Islam di Guangzhou

Pada awal tahun 1980-an, bangunan Masjid Abu Waqas yang baharu telah didirikan bagi menampung jumlah umat Islam yang semakin ramai di Bandaraya Guangzhou. Masjid ini terletak kira-kira 200 meter daripada tapak asal Masjid Abu Waqas. Ianya lebih besar dan luas serta mempunyai dua tingkat dewan sembahyang. Dianggarkan mampu menampung sehingga tiga ribu Jemaah pada satu waktu sembahyang khususnya sembahyang Jumaat dan sembahyang hari raya. Di Guangzhou hanya ada empat buah masjid sahaja, sedangkan umat Islam di kawasan ini kini berjumlah hampir 30 ribu orang. Rata-rata umat Islam di sini merupakan pedagang dan pelajar daripada negara-negara Asia Barat dan Asia Selatan (Pakistan, Bangladesh dan India). Biasanya pada setiap Jumaat, Jemaah yang memenuhi masjid ini sekitar dua ribu orang dan menjangkakan umat Islam akan lebih ramai tertumpu di Guangzhou ini pada masa depan.


Kesan Awal Islam di Guangzhou

Bagi dunia Islam, Abu Waqas (Abu Waqqash) dianggap sebagai seorang tokoh penting yang membawa masuk agama Islam dan menyebarluaskannya di negara China. Manakala bagi masyarakat Islam tempatan pula, Abu Waqas adalah seorang wali yang dijunjung tinggi serta sangat dihormati. Ketokohan dan sumbangannya dalam membawa masuk Islam ke negara China memang tidak dapat disangkal lagi. Sebab itulah Makam Abu Waqas dijadikan keramat dan tanah suci untuk diziarahi. Namun, satu persoalan yang menyelubungi pemikiran tentang makam ini ialah sejauhmana kebenarannya tentang tokoh ini. Adakah ianya adalah “Saad Abu Waqas”, iaitu antara 10 sahabat Nabi yang dijanjikan syurga, ataupun tokoh lain yang kebetulan sezaman dan mempunyai nama yang sama dengan beliau sebagai pedagang serta penyebar agama Islam di Guangzhou. Ini kerana mengikut pendapat para sarjana sejarah Islam, Saad bin Abu Waqas yang merupakan sahabat dan bapa saudara Rasullullah sebelah ibunya telah meninggal dunia pada tahun 55 Hijrah di Madinah dan disemadikan di tanah perkuburan Ba'qi yang terletak bersebelahan dengan Masjid Nabi.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin