Lokasi Anda: Laman Utama > Sinar Islam > Budaya Islam > Kandungan

Kesan Awal Islam di Guangzhou

2014-11-15 16:02:00

(oleh Prof. Dr. Mohd. Taib bin Hj. Dora)

[Profesor Dr. Mohd. Taib Hj. Dora, dilahirkan pada 5 Julai 1961 di Kampung Tanjung Bidara, Masjid Tanah, Melaka. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dalam bidang Antropologi dan Sosiologi pada tahun 1984, Ijazah Sarjana (Sosiologi) pada tahun 1991 dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Sosiologi Bandar pada tahun 1997 dari Universiti Malaya.]

Bandaraya Guangzhou merupakan kota bersejarah China sejak 2200 tahun lalu dan ianya adalah salah satu daripada tiga kota terpenting di China. Sejarah awal kota ini merupakan pusat perdagangan antarabangsa dan Jalan Sutera Laut. Pernah menjadi tuan rumah Sukan Asia ke-16 tahun 2010. Ianya menjadi tumpuan pedagang daripada Asia Barat dan Eropah yang menjadikan Guangzhou sebagai pangkalan perdagangan terpenting di Timur Jauh. Bertitik tolak daripada kedudukannya yang strategik inilah dikatakan bahawa agama Islam turut tersebar di kota ini melalui kedatangan pedagang-pedagang dari Asia Barat. Mengikut para sarjana, Guangzhou adalah pintu gerbang awal menerima penyebaran agama Islam di negara China.

Pada cuti musim panas 2012, saya bersama dua orang pelajar Malaysia telah berpeluang membuat liputan kajian tentang kedatangan Islam di bandaraya Guangzhou ini yang dahulunya dikenali sebagai “Canton”. Tumpuan lawatan kajian ialah dua tempat utama yang masih terdapat kesan peninggalan kedatangan terawal agama Islam di China amnya dan di kawasan ini khususnya. Dua tempat peninggalan sejarah awal Islam itu ialah Masjid Huaisheng dan juga Makam Kuno yang dikenali sebagai Makam Saad Abu Waqqash.

Masjid Huaisheng


Kesan Awal Islam di Guangzhou

Masjid Huaisheng telah dibina oleh Saad bin Abu (Abi) Waqas kira-kira 1,300 tahun yang lalu di tempat yang dikenali sebagai Guangtalu. Pada ketika itu, masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Rumah Api, atau sering juga disebut sebagai “balai sembahyang”. Perkataan Huaisheng digunakan dalam “Nan Hai Bai Yong – Fan Ta” (Kisah-kisah di Laut Selatan, Menara Asing) oleh Fang Xinru, dari Dinasti Song Selatan. Dalam buku ketiga "Nan Hai Bai Yong Xu Bian" (Kisah-kisah Laut Selatan Lanjutan) oleh Fan Kunwu dari Dinasti Qing disebutkan bahawa “Pemimpin agama Islam adalah Nabi Muhammad, orang Muslim memanggilnya ‘Nabi’. Justeru, masjid ini dinamakan Masjid Huaisheng bermakna memperingati orang suci, iaitu Nabi Muhammad”. Pemakaian kata Huaisheng, yang bererti memperingati orang suci, adalah selaras dengan pernyataan perasaan terharu dan kesyukuran para pedagang Dasi yang menempuhi lautan gelora dan badai untuk sampai ke Guangzhou dengan selamat. Apabila mereka tiba di Guangzhou, kegiatan pertama mereka (pedagang Islam) ialah bersembahyang sebagai tanda kesyukuran kepada Allah dan Rasulullah.


Kesan Awal Islam di Guangzhou

Sebagaimana dijelaskan tadi bahawa Masjid Huaisheng ini didirikan pada permulaan Dinasti Tang (tahun 618-907 Masihi) oleh Abu Waqas, seorang sahabat Rasulullah yang datang menyebarkan ajaran Islam di Guangzhou dan membina masjid ini sebagai memperingati Nabi Muhamad s.a.w.. Masjid bersejarah lebih daripada 1,300 tahun ini merupakan masjid yang tertua di China. Menara yang berbentuk silinder dan bercirikan seni bina Islam ini mempunyai ketinggian 36.3 meter. Pada mulanya menara ini adalah untuk muazin berazan menandakan masuknya waktu solat bagi umat Islam. Apabila mendengar suara azan tersebut, orang-orang Islam yang berada di sekitar kawasan tersebut akan datang beramai-ramai untuk mengerjakan solat. Pada ketika itu, menara ini terletak betul-betul di tebing Sungai Mutiara (Zhu Jiang), iaitu berdekatan dengan pelabuhan utama yang sibuk dengan kapal dagang dari berbagai pelosok dunia. Biasanya, pada sebelah malam, lampu di puncak menara akan dipasang untuk membantu kapal-kapal yang lalu. Sebab itulah menara ini kemudiannya dinamakan Masjid Rumah Api.

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin