Anggur mempunyai serat, air dan nutrisi yang mencukupi.
Strawberi yang memiliki pelbagai khasiat dikenali sebagai ratu buah-buahan. Buah yang berwarna merah dan berbintik hitam ini sangat baik untuk kesihatan tubuh badan kerana Vitamin C yang terkandung di dalamnya amat baik untuk menjaga kesihatan gigi, membantu menyembuhkan luka dan meningkatkan daya tahan tubuh badan terhadap sebarang jangkitan.
Limau mandarin kaya dengan vitamin C yang dikatakan mampu melindungi tubuh daripada serangan kanser, merangsang pengaliran darah serta menyembuhkan luka bahagian dalaman dan luaran dengan lebih cepat.
Bijan kaya dengan pelbagai jenis Vitamin serta membantu melancarkan pengaliran darah pada lapisan kulit supaya kulit lembut dan licin. Bijan juga mengandungi khasiat untuk mencegah kegemukan. Selain itu, bijan merupakan sumber protein, asid lemak tidak tepu dan kalsium yang membantu membaiki kerosakan rambut.
Tembikai antara buah-buahan yang bersifat dingin menurut ilmu perubatan tradisional Cina. Maka, buah ini mempunyai fungsi untuk menghapuskan kepanasan dalam tubuh badan. Selain itu, tembikai juga membantu mengelakkan penyakit nefritis dan tekanan darah tinggi.
Telur ayam merupakan salah satu makanan semula jadi yang mempunyai khasiat yang amat tinggi dalam kehidupan manusia. Telur ayam kaya dengan bahan mineral seperti kalsium, fosfor dan zat besi. Selain itu, telur ayam juga merupakan salah satu sumber protein yang baik dan mempunyai lapan jenis asid amino yang diperlukan tubuh badan manusia.
Ketika berbicara tentang manfaat telur itik yang dikaitkan dengan kesihatan tubuh manusia, didapati sebiji telur itik memiliki 9 gram protein yang mampu memenuhi 18 peratus protein yang diperlukan tubuh manusia setiap hari untuk membaiki dan memelihara sel-sel dalam tubuh, terutamanya setelah kita berolahraga.
Kacang hitam berfungsi untuk mencegah penuaan kerana mengandungi antioksidan yang tinggi dalam perubatan tradisional China. Selain itu, kacang hitam amat berkhasiat untuk kesihatan buah pinggang kita.
Kacang merah kaya dengan vitamin B, protein dan pelbagai jenis mineral yang diperlukan oleh tubuh badan manusia.
Kacang hijau ialah sejenis kacang kecil dengan kulit berwarna hijau.Kacang hijau mengandungi tiga kali ganda protein jika dibandingkan dengan beras, selain kaya dengan vitamin, kalsium, fosfat dan zat besi.
Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.