Semua orang tahu akan durian, iaitu raja buah. Selain rupanya yang berduri, keenakan rasa dan aromanya sentiasa menambat selera. Kini, kita tidak perlu lagi menunggu musim durian kerana durian boleh didapati dengan mudah, khususnya di pusat beli-belah.
Tiada ibu bapa yang senang hati apabila anak mereka pandai berbohong, namun satu kajian baharu menunjukkan bahawa kanak-kanak yang berbohong lebih cerdas.
Banyak orang di dunia menghidapi penyakit kencing manis. Yang berikut ialah penawar mudah untuk penyakit kencing manis. Kacang bendi merupakan sayur-sayuran semula jadi yang boleh digunakan sebagai ubat untuk merawat penyakit kencing manis. Kacang bendi mengandungi sumber folat dan serat. Kacang bendi juga mengandungi vitamn C, B6, tiamin, magnesium dan kalium. Kacang bendi adalah antara sayur yang rendah lemak dan kalori. Sayur ini digunakan untuk memekatkan kuah, terutamanya kari.
Kajian yang dilakukan oleh pakar penyelidik di Universiti Pompeu Fabra, Barcelona, Sepanyol mendapati, bekerja sehingga lewat malam boleh mendedahkan seseorang untuk menghidap kanser.
Senaman adalah cara penting untuk menjaga kesihatan dengan baik. Kajian sains membuktikan senaman boleh menurunkan risiko mendapat penyakit kronik seperti jantung, strok, diabetes, darah tinggi dan kanser. Kajian yang dilaporkan oleh United Kingdom Academy of Medical Royal Colleges menunjukkan, senaman selama 30 minit secara sederhana sebanyak lima kali seminggu boleh mengurangkan risiko penyakit kronik sebanyak 30 peratus.
Kajian menunjukkan, pengurangan masa tidur normal walaupun hanya 30 minit pada waktu malam mampu menyebabkan pertambahan berat badan selain mengganggu sistem metabolisme seseorang.
Kadangkala kita akan menghadapi masalah memilih syampu kerana terdapat pelbagai syampu dan tujuan yang berbeza. Oleh itu, mari mengenali syampu dan jenis rambut yang sesuai dengannya.
Menurut satu kajian baharu, makan makanan yang kaya dengan kalium boleh mencegah strok dalam kalangan wanita. Kajian tersebut yang disiarkan dalam jurnal Stroke menyatakan bahawa para penyelidik telah memantau lebih daripada 90,000 wanita menopaus berumur antara 50-79 tahun untuk tempoh purata selama 11 tahun. Pengambilan harian purata kalium adalah tinggi sedikit daripada 2600 mg sehari. Kajian menunjukkan kumpulan terendah makan kurang daripada 1.925 mg setiap hari. Kumpulan yang paling tinggi makan lebih daripada 3194 mg sehari.
Telur merupakan sumber makanan yang kaya dengan pelbagai khasiat.
Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.