Lokasi Anda: Laman Utama > Santai > Kesihatan > Kandungan

Salah Minum Teh Punca Diet Gagal

2017-05-23 11:57:10

Umum mengetahui secangkir teh dapat meningkatkan metabolisme tubuh seseorang selain melancarkan proses penurunan berat badan.

Bagaimanapun, rasa teh yang kelat dan sedikit pahit menyebabkan individu sering menambahkan bahan perasa untuk menyedapkan minuman tersebut.

Tanpa mereka sedari, perbuatan itu bukan sahaja menyebabkan proses penurunan berat badan tidak berlaku, malah menyebabkan perut bertambah buncit. Campuran susu dalam bancuhan teh boleh menyebabkan diet musnah.

Menurut pakar diet dan pemakanan Amerika Syarikat, Lana Billings-Smith, antara kesalahan minum teh yang mengganggu proses diet seseorang ialah penambahan bahan perasa seperti gula dan susu yang berlebihan.

Lana Billings-Smith menjelaskan, diet teh yang mengandungi gula tinggi boleh meningkatkan penambahan berat badan.

Menerusi kajian yang dilakukan, menambah gula atau madu akan meningkatkan jumlah kalori pada minuman teh seseorang. Lebih-lebih lagi apabila setiap sudu teh gula yang diletakkan dipercayai bersamaan dengan 16 kalori.

Sementara itu, menurut Smith lagi, pertambahan susu di dalam teh pula akan menghilangkan semua kandungan oksida di dalamnya dan sekaligus menyebabkan gangguan peningkatan metabolisme seseorang.

Smith turut menyarankan agar individu menggantikan lemon sebagai penambah rasa bagi meningkatkan kandungan antioksidan.

(sumber daripada Kosmo Online Malaysia)


Anda mungkin berminat

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin