Lokasi Anda: Laman Utama > Santai > Kesihatan > Kandungan

Pencemaran Udara Tingkatkan Kes Hidap Barah

2017-05-15 14:49:47

Kajian terbaharu mendapati, pence­maran udara menyumbang kepada 10 peratus peningkatan kes barah.

Penyelidik di Universiti Illinois, Amerika Syarikat percaya, pencemaran udara menyebabkan pertambahan 451 kes daripada 100,000 orang iaitu bersamaan dengan 28,600 pesakit kanser di Britain sejak empat tahun lalu.

Ketua Penyelidik, Dr. Jyotsna Jagai berkata, potensi menghidap barah antara lain dipengaruhi oleh faktor genetik, namun pencemaran alam sekitar didapati menjadi punca di sebalik itu.

Menurut Dr. Jyotsna Jagai, pencemaran alam sekitar merosakkan DNA (asid deoksiribonukleik), mengubah cara gen bekerja dan seterusnya menukar hormon-hormon penting.

Dr. Jyotsna Jagai berkata, sebelum ini, kanser paru-paru dikaitkan dengan pendedahan terhadap asap diesel dan polisiklik hidrokarbon yang dihasilkan kenderaan, namun pencemaran itu kini dipercayai turut meningkatkan risiko kanser prostat dan kanser payudara.

Pendedahan terhadap pencemaran udara boleh mengganggu dan mengubah pelbagai proses biologi tubuh termasuk pengeluaran dan fungsi hormon, keradangan dan kerosakan DNA.

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Cancer itu merupakan penyelidikan pertama seumpamanya yang mengkaji hubung kait antara pendedahan terhadap pencemaran alam sekitar dengan kanser.

(sumber daripada Kosmo Online Malaysia)


Anda mungkin berminat

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin