Lokasi Anda: Laman Utama > Santai > Kesihatan > Kandungan

Faedah Kesihatan Berbasikal

2017-04-18 12:23:12

Aktiviti berbasikal merupakan satu cara yang murah, selamat dan efektif untuk melangsingkan tubuh berbanding pil-pil diet dan latihan di gim yang tidak mampu memberikan kesan yang diharap-harapkan.

Selain itu berbasikal juga dapat memperbaiki tahap kesihatan diri. Aktiviti ini menyeronokkan dan mampu mengeratkan ikatan kekeluargaan jika dilaksanakan secara beramai-ramai bersama-sama keluarga dan sahabat handai. Aktiviti berbasikal juga mampu mengurangkan kos pengangkutan bagi mereka yang ingin berjimat.

Aktiviti ini merupakan senaman terbaik kerana ia mampu mengeluarkan banyak peluh. Pengeluaran peluh ini sekali gus membawa keluar segala racun dan toksin yang terkumpul dalam badan yang akan membuatkan kulit kelihatan lebih berseri dan awet muda.

Seorang individu seberat 100kg (220 paun) yang mengayuh basikal untuk ke tempat kerja setiap hari, akan membakar sehingga 1050 kcal dalam tempoh satu jam perjalanannya. Hal ini bermakna hanya dengan berbasikal, individu tersebut telah mampu membakar 5250 kcal pada tubuhnya dalam masa 5 hari bekerja tanpa mengamalkan diet berbahaya.

Berbasikal juga dapat menstabilkan keseluruhan otot tubuh terutamanya di bahu dan pinggul bagi menghasilkan postur tubuh menarik seperti yang diidamkan.

Faedah Kesihatan

1) Mengurangkan risiko penyakit

Berbasikal amat baik untuk kesihatan jantung. Ketika berbasikal pengaliran darah ke jantung akan meningkat. Peningkatan aliran darah membuatkan jantung memiliki oksigen yang mencukupi dan membantunya untuk berdegup dengan lebih baik. Keadaan ini secara tidak langsung akan mengurangkan risiko serangan jantung sehingga 50%. Tidak ketinggalan mengurangkan risiko penyakit tekanan darah tinggi dan diabetes.

Kajian oleh British Medical Association mendapati berbasikal amat sesuai untuk diamalkan oleh penghidap bronchitis dan asma kerana keupayaannya dalam meningkatkan dan memperbaiki fungsi paru-paru.

Berbasikal di persekitaran terbuka membuatkan individu terdedah kepada cahaya matahari. Sinaran matahari kaya dengan vitamin D yang bagus untuk kesihatan hingga mampu mencegah penyakit osteoporosis, kanser payu dara dan kanser prostat. Selain itu, senaman ini turut mampu menguatkan sistem imun tubuh. Malah masalah insomnia juga dapat diatasi menerusi senaman berbasikal kerana ia mampu meningkatkan kualiti tidur individu.

Berbanding senaman lain, berbasikal tidak memberikan tekanan kepada sendi atau tulang rawan. Sebaliknya ia membantu menyihatkan otot dan sendi pada kaki dengan gerakannya yang berupaya untuk menguatkan tulang rawan. Keupayaan ini secara tidak langsung dapat membantu merawat dan mengurangkan risiko serangan arthritis dan pembengkakan sendi.

2) Merawat artritis

3) Memperbaiki mood

Seperti senaman lain, berbasikal akan mengeluarkan hormon endorphin sekali gus mengusir keluar segala perasaan negatif terutama tekanan yang ada dalam diri. Perembesan keluar endorphin bukan hanya memperbaiki mood dan mengawal keseimbangan hormon individu bahkan menjadikan mereka lebih positif dalam menjalani kehidupan.

4) Menurunkan kadar kolesterol

Melibatkan pergerakan otot-otot paha, lengan dan pinggul membuatkan aktiviti berbasikal efektif dalam menurunkan kadar kolesterol yang terdapat dalam tubuh. Hanya dengan melakukan senaman berbasikal sebanyak 3 kali seminggu dan satu jam bagi setiap sesi, paras kolesterol yang tinggi akan berada di tahap sepatutnya.

5) Menguatkan tulang

Berbasikal secara rutin membantu menguatkan tulang di bahagian atas anggota badan dan tulang belakang. Justeru, risiko untuk mengalami patah atau kecederaan tulang yang lain akan berkurangan. Malah kajian juga menunjukkan bahawa individu yang aktif berbasikal jarang mengalami patah tulang pinggul apabila tua.Selain itu berbasikal juga berupaya menguatkan tulang kaki dan merupakan mobiliti terbaik untuk pinggul dan sendi lutut. Kanak-kanak yang sedang mengalami proses tumbesaran amat digalakkan untuk melakukan senaman yang melibatkan kaki kerana ia bukan hanya mampu menguatkan kaki malah turut juga berupaya menjadikan mereka lebih tinggi.

6) Merehatkan minda

Aktiviti ini juga berkesan dalam merehatkan minda terutama jika kita berbasikal pada awal pagi atau lewat malam. Hembusan udara yang segar pada kedua-dua waktu ini mampu menenangkan fikiran sekali gus mengusir tekanan yang sedang dialami. Dalam masa yang sama ia turut meningkatkan kepekaan dan daya konsentrasi individu.

(sumber daripada aktif.Myhealth Malaysia)

Anda mungkin berminat

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin