Lokasi Anda: Laman Utama > Santai > Kesihatan > Kandungan

Wanita Dilamun Cinta Miliki Ingatan Tajam

2017-04-10 16:23:08

Wanita Dilamun Cinta Miliki Ingatan Tajam

Wanita yang dilamun cinta lebih mudah mengingati sesuatu perkara jika dibandingkan dengan wanita yang tidak mempunyai kekasih.

Kajian terbaharu yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik daripada Universiti Abertay, Dundee, Scotland mendapati, wanita yang mempunyai kekasih atau sedang dilamun cinta memiliki daya ingatan lebih baik jika dibandingkan dengan wanita tidak mempunyai kekasih.

Ketua penyelidik, Dr. Christopher Watkins berkata, wanita yang menjalin hubungan jangka panjang dengan kekasihnya juga disifatkan memiliki memori lebih baik berbanding wanita yang baru sahaja dilamun cinta.

Kajian tersebut dijalankan ke atas beberapa orang wanita di universiti terbabit. Mereka diberikan sekeping foto dan diminta untuk mengingati wajah pada foto tersebut.

Watkins berkata, hal tersebut adalah kerana wanita menganggap foto wanita yang dilihat itu sebagai pesaing dalam hubungan percintaan mereka.

Menurut Watkins, Wanita lazimnya lebih mudah untuk mengingati wajah wanita lain kerana menganggap gambar yang dilihatnya boleh menjadi pengancam dalam hubungan percintaan mereka.

(sumber daripada Kosmo Online Malaysia)

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin