Lokasi Anda: Laman Utama > Santai > Kesihatan > Kandungan

Menangis Bantu Kurangkan Tekanan

2017-03-30 13:48:50

Menangis tatkala menonton drama di kaca televisyen mahu pun panggung wayang dianggap sebagai satu perkara yang memalukan. Lebih-lebih lagi jika kelakuan tersebut disedari oleh orang sekeliling.

Disebabkan itu, kebanyakan individu terpaksa menyorokkan perasaan tersebut tatkala menonton babak sedih yang ditayangkan.

Bagaimanapun, seorang pakar psikologi dari Universiti Oklahoma, Amerika Syarikat, Prof. Jennifer Barnes memberitahu, individu seharusnya tidak perlu berasa malu untuk meluahkan perasaan tersebut.

Menurut Prof. Jennifer Barnes, ini kerana, secara psikologi, perasaan sedih yang dizahirkan dianggap sihat dan bagus untuk kesihatan tubuh seseorang.

Menangis dapat membuatkan individu melepaskan “beban” terpendam selain membantu mereka mengurangkan tekanan yang dihadapi.

Bukan itu sahaja, menangis juga membantu mengurangkan perasaan sepi selain meningkatkan kecerdasan mental seseorang. Bahkan, individu yang berada di dalam kelompok tersebut didapati lebih sensitif terhadap perasaan orang lain.

Justeru itu, tidak menjadi satu kesalahan jika anda menangis tatkala menonton cerita yang ditayangkan.

(sumber daripada Kosmo Online Malaysia)


Anda mungkin berminat

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin