Lokasi Anda: Laman Utama > Santai > Kesihatan > Kandungan

Mewarnakan Rambut Cetus Kanser Payudara

2017-03-20 13:05:07

Tabiat mewarnakan rambut secara kerap mungkin meningkatkan risiko menghidap kanser payudara dalam kalangan wanita sehingga 23 peratus.

Kajian yang dijalankan University of Helsinki, Finland itu mendapati, karsinogen dalam pewarna rambut boleh bertindak balas dengan pelbagai bahan pencemar dalam udara untuk membentuk tumor.

Karsinogen dalam pewarna rambut boleh bertindak balas dengan perbagai bahan pencemar dalam udara untuk membentuk tumor.

Ahli penyelidik, Crosby berkata, baik kit pewarna rambut untuk dibuat sendiri di rumah, mahupun yang digunakan di salun, kedua-duanya mempunyai bahan kimia berbahaya yang mungkin boleh mencetuskan barah. Antara bahan kimia berbahaya termasuklah para-phenylenediamine, lawsone, peroxide, nonylphenol, octylphenol dan ammoniated mercury.

Sementara itu, jurucakap Pusat Penyelidikan Kanser United Kingdom, Dr. Jasmine Just berkata, setakat ini, masih tiada bukti kukuh yang menunjukkan bahawa mewarnakan rambut boleh meningkatkan risiko mendapat kanser payudara.

Beliau berkata, penyelidikan perlu terus dijalankan secara meluas dan terperinci bagi melihat kaitan mewarnakan rambut dengan risiko barah.

(sumber daripada Kosmo Online Malaysia)


Anda mungkin berminat

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin