Lokasi Anda: Laman Utama > Santai > Kesihatan > Kandungan

Tepuk Tangan Manfaatkan Kesihatan

2017-02-23 10:26:56
Ketika bertepuk tangan, 28 titik tekanan pada tapak tangan membantu saraf yang berhubung dengan organ-organ tubuh mendapat stimulasi.

Tepuk tangan merupakan respons spontan tubuh terhadap perkara-perkara baik seperti memberi penghargaan, menunjukkan rasa hormat dan tanda berpuas hati.

Bagaimanapun, siapa sangka bertepuk tangan boleh memberi manfaat positif untuk kesihatan fizikal dan mental.

Menurut perunding perubatan Ayurveda dari Hospital Rishi, India, Rahul Dogra, bertepuk tangan bukan sahaja dapat membantu melancarkan peredaran darah, malah meningkatkan sistem imunisasi tubuh.

Katanya, ketika bertepuk tangan, 28 titik tekanan pada tapak tangan membantu saraf yang berhubung dengan organ-organ tubuh seperti hati, jantung dan paru-paru mendapat stimulasi atau rangsangan.

“Gerakan sederhana tepuk tangan selama 20 hingga 30 minit meningkatkan peredaran darah dalam badan. Ia secara tidak langsung membuatkan tubuh menjadi lebih bertenaga. Ini kerana, aliran oksigen ke seluruh tubuh menjadi lebih lancar,” katanya.

Tambah Dogra, bertepuk tangan juga bagus buat individu dengan masalah tekanan darah rendah kerana meningkatkan aliran darah membantu menstabilkan tekanan ke tahap normal.

“Gearakan tepuk tangan juga baik untuk pesakit artritis atau radang sendi dengan membantu melegakan rasa sakit pada sendi, punggung dan leher,” ujarnya.

(sumber dari Kosmo Online Malaysia)


Anda mungkin berminat

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin