Lokasi Anda: Laman Utama > Santai > Kesihatan > Kandungan

Anggur Punyai Khasiat Kuatkan Daya Ingatan

2017-02-13 14:44:21

Kajian terbaharu yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti California, Amerika Syarikat mendapati buah anggur mempunyai khasiat yang membantu menguatkan daya ingatan seseorang individu.

Ketua penyelidik, Dr. Daniel Silverman berkata, buah anggur juga boleh membantu mengurangkan risiko terkena penyakit Alzheimer.

Menurut Silverman, individu yang memakan sekitar dua genggam anggur sehari mempunyai daya ingatan yang lebih baik berbanding individu yang tidak memakan anggur setiap hari. Hal ini kerana nutrien yang terdapat dalam buah anggur boleh melindungi bahagian otak, seterusnya menguatkan memori.

Silverman juga menambah, kesemua jenis anggur adalah baik untuk otak sama ada anggur hitam atau anggur putih.

(sumber dari Kosmo Online Malaysia)


Anda mungkin berminat

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin