Lokasi Anda: Laman Utama > Santai > Kesihatan > Kandungan

Makan Cili untuk Panjang Umur

2017-02-13 14:40:57

Amalan memakan cili merah setiap hari didapati mampu memanjangkan usia seseorang sebanyak 13 peratus atau bersamaan 10 tahun.

Laporan didedahkan melalui laman sesawang Public Library of Science Journal, PLoS One, iaitu sebuah medium berpangkalan di California, Amerika Syarikat yang menghimpunkan penyelidikan dari 190 buah negara seluruh dunia.

Dalam laporan tersebut, penyelidik mendapati pencinta masakan pedas mampu hidup lebih lama sebanyak 10 tahun berbanding mereka yang langsung tidak menggemari makanan pedas.

Menurut kajian yang dijalankan oleh penyelidik dari Universiti Ruhr di Bochum, Jerman, mendapati, cili berupaya mematikan sel kanser payudara melalui eksperimen yang dijalankan ke atas pesakit kanser.

Selain itu, cili juga bermanfaat untuk membantu seseorang itu menurunkan berat badan dengan berpeluh secara semula jadi.

Kajian lanjut mendapati, cili mengandungi kebaikan khasiat vitamin pro-A, B dan C serta bersifat antioksida dan boleh mencegah masalah keradangan.

(sumber dari Kosmo Online Malaysia)


Anda mungkin berminat

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin