Lokasi Anda: Laman Utama > Santai > Kesihatan > Kandungan

Lindungi bibir

2017-01-04 10:04:38

Kulit bibir 75 peratus lebih nipis, kering dan sensitif berbanding kulit pada bahagian tubuh yang lain. Bibir juga mempunyai kelenjar sebum yang banyak berbanding kulit biasa, menjadikannya lebih kering dengan halangan kulit yang lemah.

Disebabkan perolehan sel kulit dipercepatkan di bibir dan sifat pengekalan air yang terhad, kulit bibir kehilangan air tiga kali lebih cepat daripada biasa. Selain itu, kulit bibir juga mengandungi tiga kali kurang melanin, menjadikannya lebih sensitif terhadap sinaran cahaya matahari.

Perunding Dermatologi Kiehl's, Dr Adam Geyer berkata, perlindungan bibir yang tidak rapi memudahkannya terdedah kepada kesan bahaya sinaran ultra ungu (UV) dan pencemaran alam sekitar. Dengan ini, bibir perlu dilindungi dan dipelihara.

Bagi memulihkan sistem penghidratan dan keanjalannya, beliau menyarankan penggunaan pelindung matahari secara konsisten untuk melindungi bibir daripada perubahan warna dan mengurangkan kadar pembentukan garis bibir. Selain itu, penggunaan bahan antioksidan topikal pula membantu melambatkan proses penuaan selain penghidratan untuk mengelak masalah bibir mengelupas. Justeru, memberi perhatian kepada penjagaan bibir lebih awal adalah kunci untuk mengekalkan bibir agar kelihatan muda dan lembut.

Mentega lemon dan minyak kelapa bagi memberikan tekstur sapuan yang lebih berkrim. Dua bahan utama itu memberikan tekstur yang ringan dengan kemasan akhir yang melembapkan bibir.

Mentega lemon yang diperoleh dari California terkenal kerana kaya dengan antioksidan. Bahan minyak kelapa yang diperoleh dari Filipina pula dikenali sebagai agen penawar dalam perubatan Ayurveda yang sudah digunakan sejak lebih 4,000 tahun lalu. Ia terdiri daripada lebih 90 peratus asid lemak tepu yang baik untuk membantu menghalang kehilangan air atau lembapan bagi menghidrat dan melembutkan bibir.

Dilengkapi dengan UVA dan UVB, pelindung matahari SPF 25 yang terkandung di dalam salap bibir berkenaan adalah langkah terbaik untuk menjaga bibir sepanjang masa.

(sumber: Mymetro Online Malaysia)


Anda mungkin berminat

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin