Lokasi Anda: Laman Utama > Santai > Kesihatan > Kandungan

Pisang Tingkatkan Kualiti Tidur

2016-12-26 14:11:57

Pisang diketahui sebagai salah satu buah yang mengenyangkan selain mampu memberi tenaga segera kepada tubuh.

Kajian terbaharu mendapati, amalan memakan pisang terutamanya pada waktu malam atau sebelum tidur memberi banyak manfaat kepada kesihatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Tidur Kebangsaan Amerika Syarikat, Russell Rosenberg berkata, pisang mengandungi magnesium dan potasium yang bertindak sebagai penenang otot semula jadi. Kandungan potasium juga berperanan penting untuk kesihatan jantung dan mampu menormalkan tekanan darah yang dikaitkan dengan serangan jantung.

Tambah Rosenberg, makan pisang pada sebelah malam juga dipercayai dapat meningkatkan kualiti tidur berikutan kandungan melatoninnya yang tinggi sehingga memudahkan tubuh untuk lelap. Selain itu, serat dalam pisang juga memberi kelebihan kepada tubuh dengan membantu melancarkan pencernaan apabila bangun tidur.

(sumber: Kosmo Online Malaysia)


Anda mungkin berminat

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin