Lokasi Anda: Laman Utama > Santai > Kesihatan > Kandungan

Berjalan kaki lebih baik berbanding berlari untuk penghidap diabetes

2016-12-23 11:39:40

Satu kajian terbaharu yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Duke, Carolina Utara, Amerika Syarikat mendapati aktiviti berjalan kaki lebih bermanfaat untuk pesakit diabetes yang mahu mengurangkan berat badan berbanding berlari.

Penghidap diabetes disarankan untuk berjalan kaki kerana aktiviti tersebut membantu meningkatkan tahap penyerapan gula dalam darah seorang penghidap diabetes.

Ketua penyelidik, Cris A. Slentz mendapati, ketika berjalan kaki, tubuh seseorang sebenarnya lebih mudah menggunakan asid lemak dalam tubuh sebagai bahan bakar kalori berbanding aktiviti berintensiti tinggi seperti berlari.

Slentz berkata, asid lemak yang terlalu banyak dalam tubuh badan seseorang menyebabkan tubuh lebih sukar untuk memproses hormon insulin, seterusnya tidak dapat menyerap gula dalam darah. Hasilnya, tubuh akan mengeluarkan lebih banyak insulin bagi mengimbangkan keadaan itu.

Slentz bagaimanapun berkata, aktiviti berlari seperti joging masih mempunyai manfaat yang tersendiri, terutamanya untuk kesihatan dan kekuatan jantung.

Beliau menyarankan supaya orang ramai menggabungkan aktiviti berjalan kaki dan berlari dalam rutin harian bagi mendapatkan manfaat kesihatan yang terbaik.

(sumber: Kosmo Online Malaysia)


Anda mungkin berminat

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin