Lokasi Anda: Laman Utama > Santai > Kesihatan > Kandungan

Vitamin D Berupaya Kurangkan Penyakit Respiratori

2016-11-29 17:09:04

Vitamin D Berupaya Kurangkan Penyakit Respiratori

Kajian terbaharu mendapati pengambilan vitamin D dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit berkaitan respiratori.

Penyelidikan yang dijalankan di Universiti Colorado, Amerika Syarikat itu mendapati, suplemen vitamin D dapat menurunkan risiko mendapat jangkitan paru-paru sehingga 40 peratus dalam kalangan warga emas.

Ketua penyelidik, Adit Ginde berkata, pneumonia, bronkitis dan influenza diketahui mengakibatkan kadar kematian tinggi dalam kalangan warga emas berikutan sistem imuniti yang semakin merosot.

Menurut beliau, pemberian antibiotik kepada pesakit berumur didapati kurang efektif memandangkan penyakit itu berpunca daripada virus. Namun, Vitamin D dipercayai mampu menguatkan sistem pertahanan mereka daripada jangkitan respiratori akut.

Dalam kajian yang diterbitkan dalam Journal of the American Geriatrics Society itu, para penyelidik meneliti kesan nutrien vitamin D terhadap jangkitan respiratori di 107 buah rumah orang tua dengan purata umur 84 tahun selama setahun.

Mereka mendapati terdapat 40 peratus penurunan bagi penyakit respiratori akut dalam kalangan responden yang mengambil vitamin D dalam dos tinggi. Hal tersebut menunjukkan vitamin D dapat membaiki sistem imuniti untuk melawan jangkitan kuman.

(sumber: Kosmo Online Malaysia)

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin