Lokasi Anda: Laman Utama > Santai > Kesihatan > Kandungan

Gemar selfie dorong ramai wanita lakukan pembedahan plastik

2016-11-11 17:04:42

Gemar selfie dorong ramai wanita lakukan pembedahan plastik

Ramai orang terutamanya golongan wanita gemar mengambil gambar wajah mereka sendiri atau selfie untuk dimuat naik ke laman-laman sosial.

Kewujudan aplikasi telefon bimbit yang mampu merubah wajah menjadi lebih cerah dan cantik juga seakan-akan mendorong golongan yang gemar berselfie itu semakin obses lalu memuat naik foto-foto mereka dengan kerap.

Begitu pun, satu kajian terbaharu mendapati, foto-foto selfie yang dianggap sempurna mendorong individu yang melihatnya untuk menjalani pembedahan plastik bagi merubah struktur wajah masing-masing menjadi lebih cantik.

Kajian yang diterbitkan dalam British Association of Aesthetic Plastic Surgeons pada tahun lalu itu mendapati, data yang diperoleh mereka menunjukkan terdapat peningkatan sehingga 16 peratus dalam kalangan penduduk di Britain yang menjalani pembedahan plastik pada 2015 berbanding tahun 2014.

Hal ini terjadi kerana pengaruh media sosial yang sering memaparkan gambar-gambar selfie yang cantik sehingga mendorong ramai wanita untuk menjalani pembedahan plastik pada wajah.

Menurut seorang doktor pakar bedah plastik di Amerika Syarikat, John Grossman, berpuluh-puluh wanita akan datang kepadanya dan meminta agar wajah mereka diubah.

"Antara permintaan mereka yang paling popular adalah supaya saya memancungkan hidung selain membuang lebihan lemak pada dagu dan leher,"ujarnya.

(sumber Kosmo Malaysia)


Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin