Lokasi Anda: Laman Utama > Santai > Kesihatan > Kandungan

Kayu Manis Bantu Redakan Kembung Perut

2016-10-26 11:43:16

Kajian mendapati pengambilan kayu manis dapat meredakan masalah kembung perut, selain dapat membaiki masalah ketidaklawasan sistem pencernaan yang dihadapi oleh seseorang individu.

Menurut pakar nutrien dan pemakanan dari Australia, Kourosh Kalantar-zadeh, kayu manis yang diambil dalam bentuk serbuk mampu menurunkan kadar karbon dioksida dalam perut.

Kandungan bahan semula jadi yang terdapat dalam kayu manis menyebabkan suhu perut dan tubuh berada dalam keadaan seimbang sebelum akhirnya melancarkan sistem pencernaan seseorang.

Tambah beliau, ramai yang tidak sedar bahawa pengambilan kayu manis dapat membantu dinding perut dan usus kecil untuk menyerap makanan dengan baik serta konsisten.

Bukan itu sahaja, kayu manis juga dapat menurunkan kadar asid dan pepsin dalam usus, selain membantu melancarkan pengaliran darah pada dinding perut.

Menurut Kourosh lagi, menerusi kajian yang dijalankan, mereka mendapati pengambilan 1 gram kayu manis sehari dapat memberi manfaat pada kesihatan tubuh.

Walau bagaimanapun, pengambilan kayu manis secara berlebihan, iaitu melebihi 6 gram sehari pula akan bertukar menjadi racun dalam tubuh seseorang.

(sumber: Kosmo Online Malaysia)


Anda mungkin berminat

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin