Lokasi Anda: Laman Utama > Santai > Kesihatan > Kandungan

Mentega Tidak Jejas Kesihatan

2016-10-25 10:21:56

Mentega Tidak Jejas Kesihatan

Kajian terbaru yang dijalankan sekumpulan penyelidik mendapati, mentega tidak mempunyai kaitan dengan masalah jantung seperti yang sering diperkatakan sebelum ini.

Dalam kajian yang diketuai oleh Dr. Dariush Mozaffarian, dekan dari Pusat Pengajian Sains Nutrisi Friedman di Boston, Amerika Syarikat juga mendakwa mentega bukan penyebab utama kepada masalah penyakit lain seperti diabetes, strok dan sakit jantung.

Menurut Dariush, walaupun seseorang itu mengambil mentega dalam menu mereka dan mengamalkan gaya hidup seperti biasa, ia sedikit pun tidak menjejaskan tahap kesihatan mereka.

Selain itu, mentega juga dinyatakan lebih baik diambil berbanding gula dan juga kanji.

Secara keseluruhan, hasil kajian mendapati mentega bukanlah makanan yang membawa kesan buruk seperti yang diandaikan sebelum ini.

Bagaimanapun, Dariush mengingatkan pengguna supaya tetap mengawal pengambilan produk berasaskan tenusu termasuk mentega dalam kadar yang tidak berlebihan.

(sumber Kosmo Malaysia)

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin