Pengambilan cuka epal setiap hari dilihat dapat menurunkan paras kolesterol dalam darah, sekali gus mengurangkan risiko serangan jantung dan strok.
Penyelidikan yang dijalankan di Universiti Aston, Birmingham, England itu mendapati, meminum 30 mililiter (ml) cuka epal yang dicairkan dengan 200 ml air setiap hari sebelum makan dapat menurunkan kolesterol sehingga 13 peratus.
Asid asetik dalam cuka epal memiliki kesan yang dapat membantu menurunkan paras kolesterol.
Menurut ketua penyelidik, Dr. James Brown, pesakit yang mengambil ubat jenis statins dinasihatkan supaya tidak menukarkan ubat itu dengan cuka epal kerana penurunan paras kolesterol menerusi pengambilan ubat berkenaan lebih tinggi, iaitu 30 peratus.
Selain baik untuk kesihatan kardiovaskular, cuka epal juga bermanfaat untuk melegakan arthritis selain mengurangkan berat badan.
(sumber: Kosmo Online Malaysia)