Lokasi Anda: Laman Utama > Santai > Kesihatan > Kandungan

Bayi dengan Saiz Kepala Besar Mungkin Lebih Berjaya

2016-10-07 13:29:44

Bayi dengan Saiz Kepala Besar Mungkin Lebih Berjaya

Bayi yang dilahirkan dengan saiz kepala yang lebih besar berkemungkinan lebih bijak dan akan mempunyai masa depan yang berjaya.

Demikian menurut satu kajian yang dijalankan oleh Biobank Britain, yang menyatakan ada kaitan kukuh antara tahap kebijaksanaan yang tinggi dengan ukuran keliling kepala dan saiz otak yang besar, lapor laman Daily Mail.

Sekitar sejuta rakyat Britain dipantau oleh badan tersebut bagi mencari kaitan antara gen, kesihatan fizikal dan mental dengan laluan kehidupan mereka.

Bukti terbaru ini merupakan dapatan pertama hasil daripada kajian yang bertujuan untuk memahami hubungan antara fungsi otak dengan DNA, menurut Daily Mail.

Para pengkaji menyatakan menerusi jurnal Molecular Psychiatry bahawa kaitan penting dilihat antara markah ujian sampel kognitif di Biobank Britain dengan banyak markah profil poligenik, termasuk saiz tempurung otak, ukuran keliling kepala bayi dan keupayaan kognitif semasa kanak-kanak.

Profesor Ian Deary dari University Edinburg, yang memimpin kajian tersebut berkata, kelainan gen juga mempunyai kaitan kuat dengan kebijaksanaan.

Bukti terkini ini begitu tepat sehingga pakar-pakar mendakwa ia boleh meramalkan kemungkinan bayi menyambung pelajaran di universiti di masa akan datang berdasarkan DNA.

(sumber MediaCorp Singapura)

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin