Lokasi Anda: Laman Utama > Santai > Kesihatan > Kandungan

Nutrien Lenggai

2016-09-30 16:33:52

Terdapat pelbagai jenis kacang dan kekacang yang memberikan zat maksimum dan nutrien kepada tubuh badan kita. Yang berikut ialah khasiat yang terkandung dalam kekacang.

Vitamin B3: Vitamin ini atau sering disebut niasin membantu dalam fungsi sistem pencernaan, sistem saraf dan kulit kita. Inti pati utama adalah dengan penukaran pengambilan makanan kita kepada tenaga.

Vitamin B1: Kekurangan Vitamin B1 yang diperlukan akan membuat kita penat dan lemah walaupun kita makan setiap hari. Vitamin ini memainkan peranan penting dalam pengeluaran tenaga dalam badan kita, di samping meningkatkan fungsi keseluruhan jantung, otot dan sistem saraf.

Nutrien Lenggai

Vitamin B2: Vitamin ini membantu dalam pembesaran dan pertumbuhan badan kita. Fungsi utamanya adalah untuk meningkatkan pengeluaran sel darah merah, yang mengedarkan oksigen ke seluruh bahagian badan. Vitamin B2 juga membantu dalam menghasilkan tenaga daripada karbohidrat.

Vitamin B6: Vitamin ini memainkan peranan penting dalam pembentukan antibodi untuk sistem imun kita. Nutrien ini boleh mengekalkan fungsi normal saraf dan juga pembentukan sel-sel darah merah dalam badan kita.

Vitamin B6 juga adalah faktor penting untuk tindak balas kimia protein. Ringkasnya, lebih banyak protein yang kita ambil, lebih banyak vitamin B6 diperlukan; kekurangannya akan menyebabkan kita loya, pening, selain perubahan mental dan tingkah laku.

Selain vitamin yang disenaraikan di atas, kacang adalah sumber kalium yang lebih baik daripada pisang, yang membantu dalam fungsi normal saraf dan otot.

(sumber: Kesihatan.Biz)

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin