Lokasi Anda: Laman Utama > Santai > Kesihatan > Kandungan

Permainan Gajet Canggih Bantu Kanak-Kanak Tenang

2016-09-11 15:13:36

Permainan Gajet Canggih Bantu Kanak-Kanak Tenang

Kajian terbaharu yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari Hospices Civils de Lyon di Perancis mendapati aplikasi permainan dari peranti canggih seperti iPad membantu dalam proses menenangkan kanak-kanak sebelum mereka menjalani pembedahan.

Rasa tenang yang diperoleh daripada permainan tersebut adalah sama seperti rasa tenang apabila diberi dadah atau sedatif.

Kajian tersebut dijalankan ke atas 112 orang kanak-kanak berusia empat hingga 10 tahun yang perlu menjalani pembedahan dengan segera di hospital tersebut.

Menurut ketua penyelidik, Dr. Dominique Chassard, pihaknya membenarkan kanak-kanak bermain permainan komputer selama 20 minit sebelum memasuki bilik pembedahan dan mendapati mereka lebih tenang dan kurang gelisah untuk menjalani pembedahan tersebut.

Ibu bapa dan jururawat rata-ratanya berasa amat gembira dan teruja dengan penemuan terbaharu itu dan menambah bahawa permainan tersebut mungkin telah mengelakkan kanak-kanak daripada terus-menerus memikirkan urusan pembedahan yang perlu dijalani oleh mereka.

(sumber: Kosmo Online Malaysia)

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin