Lokasi Anda: Laman Utama > Santai > Kesihatan > Kandungan

Senaman Rangsang Tidur yang Berkualiti

2016-09-01 14:30:50

Salah satu manfaat yang boleh diperoleh daripada amalan senaman yang berterusan adalah kesannya terhadap kualiti tidur pengamalnya.

Banyak kajian saintifik yang menyokong kesan positif senaman terhadap kualiti tidur seseorang individu. Sebagai contoh, dalam satu kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat melibatkan lebih 2,600 responden daripada pelbagai peringkat umur dan jantina, penyelidik mendapati bahawa mereka yang melakukan aktiviti senaman lebih banyak cenderung untuk melaporkan kualiti tidur yang lebih baik.

Selain itu, mereka juga cenderung untuk melaporkan pengurangan dalam aspek keletihan, kelesuan dan mengantuk pada siang hari berbanding dengan mereka yang kurang atau tidak bersenam.

Selain gangguan tidur akut, senaman turut memberikan kesan positif terhadap mereka yang mengalami gangguan tidur yang kronik. Malah, dapatan kajian mendapati bahawa aktiviti senaman pada tahap intensiti sederhana, seperti berjalan, sudah cukup untuk memberikan kesan positif terhadap gangguan tidur kronik.

Senaman menyebabkan peningkatan suhu badan dan penurunan suhu badan selepas melakukan senaman mencetuskan rasa mengantuk.

Selain itu, senaman juga dikaitkan dengan penurunan gejala gangguan emosi seperti kemurungan dan kebimbangan. Kesan positif senaman terhadap aspek emosi sangat jelas melalui pelbagai kajian saintifik yang telah dijalankan. Gangguan psikologi seperti tekanan perasaan, kemurungan dan kebimbangan cenderung untuk menyebabkan gangguan terhadap kualiti tidur individu. Dalam konteks ini, senaman mengurangkan gejala-gejala gangguan emosi tersebut. Pengurangan gejala ini akan memberikan kesan tidak langsung terhadap aspek kualiti tidur individu.

Gangguan tidur berkait rapat dengan minda dan emosi yang bercelaru. Senaman dapat merangsang emosi yang lebih positif, seterusnya memastikan minda yang lebih tenang. Minda dan emosi yang tenang dapat menyumbang kepada keupayaan individu untuk mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti.

Dalam hal ini, menjadikan senaman sebagai satu amalan harian bukan sahaja dapat memberikan kesan yang positif terhadap aspek tidur, malah merangkumi aspek kesihatan dan kesejahteraan diri yang lain.

(sumber: Utusan Online Malaysia)


Anda mungkin berminat

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin