Lokasi Anda: Laman Utama > Santai > Kesihatan > Kandungan

Tidur Lewat Malam Punca Masalah Kesihatan

2016-08-26 16:25:50

Tidur adalah salah satu keperluan bagi manusia. Menurut pakar kesihatan, fungsi tidur adalah lebih penting berbanding makanan kerana tidur adalah salah satu keperluan bagi manusia sejagat.

Seorang manusia mampu hidup sehingga 40 hari tanpa makanan dibandingkan hanya 11 hari tanpa tidur.

Oleh itu, mereka yang suka tidur lewat malam harus bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan penyakit dan risiko kesihatan lain akibat kekurangan tidur.

Kebanyakan mereka yang sering tidur lewat malam adalah golongan mahasiswa, remaja dan tidak ketinggalan juga golongan warga emas.

Rata-rata mahasiswa universiti lebih suka tidur lewat malam kerana mereka menggunakan waktu tersebut untuk membuat tugasan ataupun mengulang kaji pelajaran.

Mereka seharusnya sedar bahawa tidur memainkan peranan penting dalam melancarkan peredaran darah dan membaiki sel-sel tubuh manusia.

Ketika kita tidur, badan diberikan ruang untuk merehatkan minda dan fizikal tubuh setelah penat seharian belajar.

Mereka yang kurang tidur dengan sendirinya akan mengalami masalah kesihatan.

Jika masalah kurang tidur ini berterusan, maka masalah kesihatan akan membawa kepada penyakit seperti tekanan darah tinggi, penyakit jantung, strok, diabetes, obesiti, dan sebagainya.

Oleh itu, pastikan anda mendapatkan tidur yang cukup untuk mengelakkan diri daripada mengalami masalah kesihatan.

(sumber: Utusan Online Malaysia)


Anda mungkin berminat

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin