Lokasi Anda: Laman Utama > Santai > Kesihatan > Kandungan

9 Makanan Semula Jadi Rangsang Otak

2016-08-10 14:10:27

9 Makanan Semula Jadi Rangsang Otak

Yang berikut disenaraikan sembilan makanan semula jadi yang dapat merangsang kecerdasan otak bayi dan kanak-kanak yang boleh diamalkan sejak usia bayi mula menerima makanan pejal.

1. Ikan

Pakar sering menyarankan ibu bapa untuk memilih ikan kerana ikan mengandungi asid lemak bermanfaat, contohnya salmon. Salmon adalah sumber asid lemak omega-3 terbaik yang penting untuk fungsi dan pertumbuhan otak anak.

Beberapa kajian juga membuktikan, mereka yang gemar memakan ikan yang mengandungi omega-3 memiliki daya fikiran yang tajam dan mencatat keputusan yang baik dalam ujian kemampuan mental.

2. Telur

Selain sangat mudah dan murah, telur juga amat berkhasiat. Telur ialah sumber protein, kuning telur mengandungi kolin yang berkhasiat untuk membantu perkembangan otak. 

Jadikan rutin untuk menyediakan sarapan atau makan malam yang sihat kepada anak dengan menu daripada telur.

3. Kekacang

Kacan kaya dengan vitamin E dan antioksidan yang dapat melindungi membran sel otak daripada radikal bebas, terutamanya kacang macadamia dan badam. Untuk hasil terbaik, pilihlah kacang yang rendah gula dan natrium.

4. Sayuran Berwarna

Tomato, bayam atau labu ialah makanan yang kaya antioksidan. Makanan ini dipercayai dapat membantu mempertahankan kekuatan dan kesihatan membran sel. Semakin segar dan cerah warna sayuran, makin tinggi kandungan antioksidannya. Sayuran juga memiliki manfaat dalam pencegahan kanser.

5. Oat atau Oatmeal

Oat mengandungi karbohidrat yang akan diserap secara berperingkat oleh otak anak selama proses belajar di sekolah. 

Oat juga sumber yang baik untuk vitamin E dan B serta potasium dan zink yang membantu tubuh dan otak bekerja secara optimum.

6. Buah Beri

Buah seperti strawberi, beri biru dan beri hitam kaya dengan zat antioksidan seperti vitamin C. Sejumlah kajian menunjukkan buah beri dapat membaiki daya ingatan.

Beri biru dan strawberi patut menjadi pilihan terbaik untuk makanan otak anak. 

Dalam satu kajian menunjukkan makanan yang mengandungi kadar flavonoid tinggi (strawberi, beri biru dan jenis beri lain) dapat memlambatkan penurunan fungsi kognitif otak.

7. Kacang Hijau

Makanan tersebut adalah antara makanan yang disarankan untuk anak anda kerana kandungan nutrisinya yang sangat lengkap. 

Selain tinggi kadar protein dan karbohidrat kompleks, kacang hijau juga memiliki kandungan vitamin C, asid folat, zat besi, zink, potasium, magnesium, tembaga, mangan, fosfor dan tiamin yang semuanya penting bagi tubuh dan perkembangan otak.

8. Susu dan Yogurt

Produk tenusu termasuk yogurt ialah makanan yang kaya protein, vitamin D dan B yang berperanan penting dalam pertumbuhan jaringan otak, pengutus neuro (neurotransmitter) dan enzim. Yogurt ialah makanan yang separuh padat dan lebih mudah dicerna dalam proses metabolisme tubuh.

Penelitian terbaru juga menunjukkan, kanak-kanak dan remaja memerlukan vitamin D 10 kali lebih banyak daripada yang disarankan. 

Vitamin D berguna untuk memelihara siklus hidup sel serta fungsi saraf dan otot.

9. Daging Lembu Bebas Lemak

Makanan tersebut ialah sumber zat besi yang dapat membantu anak kekal bertenaga dalam memberi tumpuan di sekolah. 

Daging lembu tanpa lemak ialah sumber terbaik zat besi kerana mudah diserap oleh tubuh. 

Faktanya, 28 gram daging lembu setiap hari membantu tubuh menyerap zat besi daripada sumber makanan lain.

Daging lembu juga mengandungi zink yang membantu memelihara daya ingatan. 

(sumber: myMetro Online Malaysia)

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin