Lokasi Anda: Laman Utama > Santai > Kesihatan > Kandungan

Tingkat Keyakinan Bersenam di Gimnasium

2016-07-14 10:02:38

Gimnasium atau pusat senaman adalah satu pilihan bagi individu yang hendak memulakan amalan senaman dalam rutin harian mereka. Namun, harus diingat bahawa pusat-pusat senaman ini mempunyai kepelbagaian jenis pengunjung. Bagi mereka yang tidak biasa dengan persekitaran sesebuah gimnasium, ia boleh menjadi satu punca kebimbangan dan rasa rendah diri.

Tingkat Keyakinan Bersenam di Gimnasium


Tingkat keyakinan diri

1.Lawat beberapa pusat senaman dan pilih pusat senaman yang memberi keselesaan maksimum dari segi peralatan disediakan, ruang senaman yang ada dan juga lokasi pusat senaman tersebut. Jika pusat senaman yang besar dan terbuka mencetuskan rasa tidak selesa, pilihlah pusat-pusat senaman yang lebih kecil dan menyediakan ruang yang lebih tertutup dan peribadi. Selain itu, pilihlah pusat senaman yang menyenangkan diri untuk dikunjungi di sebalik semua komitmen harian yang ada.

2.Minta penerangan berkenaan cara pengunaan alat. Sesetengah gimnasium menawarkan sesi orientasi kepada mereka yang ingin menjadi ahli atau ahli baru. Dalam sesi tersebut, pengunjung akan diberi penerangan berkenaan peralatan yang ada dan rutin-rutin senaman yang boleh dilakukan. Tahap keyakinan dan keselesaan boleh ditingkatkan jika seseorang itu tahu dan biasa dengan persekitarannya, khususnya di sesebuah pusat senaman.

3.Mengupah jurulatih peribadi. Bagi mereka yang hendak memulakan rutin senaman, faktor pengetahuan mempengaruhi kelangsungan amalan senaman tersebut. Pemilihan rutin senaman yang salah cenderung untuk menyebabkan perkara yang boleh menyebabkan amalan tersebut diabaikan seperti yang pernah diulas dalam ruangan terdahulu. Pelatih peribadi boleh mereka bentuk aktiviti senaman yang sesuai dengan matlamat diri selain mengajar dan menunjukkan cara penggunaan peralatan-peralatan yang ada di sesebuah gimnasium.

4.Kunjungi gimnasium dengan rakan. Faktor sokongan sosial adalah penting dalam kehidupan seseorang individu termasuk dalam konteks senaman. Aspek keyakinan boleh ditingkatkan dengan melakukannya dengan sokongan agen sosial seperti rakan atau keluarga. Oleh demikian, cari rakan dengan matlamat yang sama untuk melakukan aktiviti tersebut bersama-sama.

5.Pilih waktu yang tidak sibuk. Kebanyakan gimnasium mempunyai waktu-waktu yang sibuk dengan pengunjung seperti selepas waktu berkerja. Untuk mengelakkan orang ramai, jadual senaman boleh disusun dengan mengelakkan waktu-waktu puncak ini. Tiada apa yang perlu dibimbangkan untuk memulakan rutin senaman di gimnasium atau pusat senaman. Perkara-perkara yang cenderung untuk mencetuskan kebimbangan ini boleh ditangani dengan berkesan melalui pemilihan tempat dan sokongan yang bersesuaian.

(sumber: Utusan Online Malaysia)

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin