Lokasi Anda: Laman Utama > Santai > Kesihatan > Kandungan

Terlalu Kuat Bekerja Tanda Sakit Mental

2016-06-15 16:09:11

Di Britain, banyak syarikat mendapati semakin ramai pekerjanya tidak mengambil cuti tahunan kerana kononnya gemar bekerja atau "workaholic".

Hakikatnya, para penyelidik mendapati mereka yang terlalu kuat bekerja sebenarnya mempunyai satu masalah mental.

Terlalu Kuat Bekerja Tanda Sakit Mental

Kajian yang dijalankan oleh Universiti Begen di Nottingham, England mendapati, seseorang pekerja yang sering dibebani dengan kerja yang banyak, panggilan telefon serta e-mel tanpa henti menyebabkan mereka mengalami gangguan kurang tumpuan atau disebut sebagai "adult attention deficit hyperactivity disorder" (ADHD).

Kajian tersebut dijalankan ke atas 6,000 individu dewasa yang menunjukkan tanda-tanda kuat bekerja melebihi perkara lain seperti keluarga, hubungan cinta dan keseronokan hidup.

Golongan itu bagaimanapun tidak mengaku mereka kuat bekerja, mereka menyifatkan mereka suka akan pekerjaan yang dilakukan.

Menurut seorang pakar psikologi dari sebuah klinik di Birmingham, Dr. Michael Drayton, orang yang kuat bekerja juga cenderung mendapat kecelaruan obsesif kompulsif (OCD) dan sentiasa penuh dengan tekanan.

Tambah beliau lagi, mereka tidak menyedari bahawa kecenderungan mereka untuk bekerja sebenarnya menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dalam diri masing-masing kerana mereka sebenarnya terlalu tertekan.

(sumber: Kosmo Malaysia)

Anda mungkin berminat

Kalendar

Aktiviti Promosi

Melancong ke Guilin secara Percuma

Like Kembara Sutera di www.facebook.com/kembarasutera, jawap soalan dan tinggalkan komen, anda berpeluang memenangi hadiah melancong ke Guilin secara percuma.

Ikuti Kami

Kenali Beijing di FacebookCRI di FacebookApp Kembara Sutera di Facebook
Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin